View: 4448|Reply: 59
|
Bella Cakap Pada Mommy Dia Dicili, Dijirus Air Panas Dan Diikat
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur– Saksi pendakwaan pertama dalam kes Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa remaja perempuan yang dikenali sebagai Bella ada memberitahu bahawa dia di ‘cili’, dijirus air panas dan diikat.
Zurianty Sudin ,39, yang juga rakan kepada Siti Bainun berkata, perkara itu dimaklumkan ketika dia dan Bella di dalam ambulans semasa mereka dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Jun 2021.
“Semasa dalam ambulans ke HKL, saya ada bertanya kepada Bella apa yang jadi, Bella yang mengatakan dia di ‘cili’ dijirus air panas dan kena ikat,” ujar saksi itu yang dipanggil ‘mommy’ oleh Bella selain Bella turut memaklumkan perbuatan itu dilakukan beberapa individu.
Kata saksi itu, setibanya di HKL, dia melihat keadaan Bella seperti tidak larat berjalan selain Bella turut mengatakan kakinya sakit.
 Siti Bainun (kiri) bersama peguamnya ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Foto: Kosmo
Tambah saksi itu lagi, sepanjang Bella berada di hospital, Siti Bainun tidak pernah bertanyakan mengenai keadaan Bella sebaliknya hanya bertanyakan mengapa mengambil anak-anak angkatnya dan di hantar ke pusat kuarantin di Maeps, Serdang pada masa itu.
Terdahulu, saksi itu memberitahu dia dan Bella ke HKL pada 24 Jun 2021 selepas mendapati remaja berkenaan mengalami kecederaan seperti melecur di bahagian tangan, dada, paha dan beberapa bahagian lain sebelum satu laporan polis dibuat pada hari sama.
Pada prosiding sama, semasa ditanya mengenai hubungan Siti Bainun dan Bella, saksi itu mengatakan, pada mulanya hubungan mereka sangat baik apabila Siti Bainun dilihat sangat menyayangi Bella.
“Siti Bainun pandai ambil hati Bella apabila suka membeli barangan solekan dan baju baru…namun pada Ogos (2020), saya mula lihat mereka tidak berapa mesra selepas Siti Bainun enggan membawa Bella berjalan ke Kuala Selangor untuk ke rumah abang ipar Siti Bainun,” kata saksi itu yang mengenali Siti Bainun sejak tahun 2015.
Tambah saksi itu, berikutan keengganan Siti Bainun membawa Bella, dia ada bertanya kepada Siti Bainun mengapa bertindak sedemikian, dan Siti Bainun memberitahu dia enggan membawanya kerana Bella suka ‘buat perangai dan degil’.
Ekoran keengganan Siti Bainun untuk membawa Bella menaiki kereta, saksi itu kemudian mempelawa Bella menaiki keretanya sehingga mereka ke Kuala Selangor. Kata saksi itu, selain Bella dan Siti Bainun, turut ke tempat itu ialah tujuh lagi anaknya.
Sementara itu, menyentuh mengenai deskripsi (gambaran terperinci) berkaitan Bella, saksi itu berkata meskipun Bella seorang Sindrom Down, dia seorang remaja perempuan yang sangat rajin, dan berdikari serta boleh menguruskan diri sendiri seperti solat dan sangat pembersih.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi esok.-CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Heartless sgt sheols ni ye |
|
|
|
|
|
|
|
Nak hidup lama? Jadilah jahat seperti Bainun. Gemuk obese high risk komorbiditi pun senyum sinis ja survived Covid. Takyah booster pon lek2 je. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 31-3-2022 09:19 AM
Nak hidup lama? Jadilah jahat seperti Bainun. Gemuk obese high risk komorbiditi pun senyum sinis ja ...
adakah 'yg(idup)tu'..dia idup lama sb...dia jahat??? @ kalo ikut teori cikgu??? |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 31-3-2022 02:03 AM
adakah 'yg(idup)tu'..dia idup lama sb...dia jahat???@ kalo ikut teori cikgu???
Tengok Tun Det udah la. Ups.
Aku sebenarnya pernah baca something pasal ni. Berkaitan dengan law of attraction. Pendapat tu kata, the Universe tak kenal ko tu baik ka jahat ka. Tapi ia respon kepada will power ko. Now, mengapa penjahat2 di dunia ini buat jahat (macam Najib) tapi hidup aman damai lek2 ja berbanding orang2 baik yang biasanya hidup sangat kasihan ditimpa pelbagai ujian dari segala corner dari kici sampai kertu? Kerana will power meka idok sekuad orang2 jahat ni ha, yang tak mudah mengalah dan sentiasa mahu 'menang' bila menantang dunia. The Universe respond pada 'energy' tu - The Universe kasik meka 'menang'.
(Tapi kalo dalam Islam, ni suma istidraj jah. ) |
|
|
|
|
|
|
|
Besar obese cmtu sekali henyak Bella sure mati. Oi makcik Bainun pergilah diet. |
|
|
|
|
|
|
|
Beria nak bela anak angkat, tapi abusive. Dah sedar diri tu tak boleh beri kasih sayang, pulang balik ke JKM. Kes dera macam ni patut hukum sebat sekali, baru ada akal. |
|
|
|
|
|
|
|
Gemuk mcm tu larat ke nak jg bdk2 yg mcm tu.nampak gaya cam pemalas je
Done kecam |
|
|
|
|
|
|
|
Harap ada le keadilan buat bella.... Yg menganiaya terhukum dgn hukuman yg selayaknya |
|
|
|
|
|
|
|
yg jahat besenyer hati kering... acah2 survivor gitu... tu yg liat nyawa  |
|
|
|
|
|
|
|
tahu xpe sis. kesian iols bakal mati dilenyek oleh aciks bainun. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Derang ni berlakon je syg bdk2..tujuan utama asalkn ada rmh, ank2 yatim..oku..jdkn tempat perlindungan..pastu cari dana..dpt juta2 malaysian kn pemurah,masuk poket sendiri..majoriti buat mcm tu..dana kemain lebat bg makanan kat bdk2 yg murah2, yg x sdp n x berkhasiat..pdhal org derma mcm2!biskut mhl2 sdp2 derang rembat..cream crakers bg kat bdk2..mmg x amanah! Bkn semua yg mcm tu..tp ada lah |
|
|
|
|
|
|
|
apela busuk sgt hati dia ni..budak tu bukan nyusahkan diapun siap boleh berdikari lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Plg terkejut syed azmi pon terkait. Now mmg xpercaya dah org2 mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Terkejutnya aku tengok gambar luka budak bella ni...mengerikan hokeh  |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 31-3-2022 02:44 PM
Plg terkejut syed azmi pon terkait. Now mmg xpercaya dah org2 mcm ni
Aku sebenarnya tidak faham macam mana syed azmi terlibat dlm hal ni |
|
|
|
|
|
|
|
darkness replied at 31-3-2022 03:43 PM
Aku sebenarnya tidak faham macam mana syed azmi terlibat dlm hal ni
Dia penasihat rumah bonda ni. Tp ckp xkenal sapa bella. Baca dkt update aliff ahmad tu yg latest perbicaraan, saksi utama yg jumpa bella minta tlg SA dulu utk call jkm, lepas tu SA bg alasan mcm nk lambat2 kan, saksi tu xboleh tggu dah, jd dia call kkm. Bila dia bgtau SA dia dah call KKM, SA terus ckp “mcm tu u deal je lah dgn KKM”. Masa kes ni awal2 tersebar kan SA ckp kesian dgn gemok dugong tu ckp depress |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 31-3-2022 05:48 PM
Dia penasihat rumah bonda ni. Tp ckp xkenal sapa bella. Baca dkt update aliff ahmad tu yg latest p ...
Ohhhh begitu pula. Tp dekat fb pejuang macam2 dia tuh. Tp sejak aku dengar dia nasihatkan sorang fbookers dia tempoh hari, mcm aku tak berapa berkenan dengan cara dia |
|
|
|
|
|
|
|
Montelnya sheolssss
Boleh sparing dengan rektor Usop Gemok idok nih |
|
|
|
|
|
|
| |
|