CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 773|Reply: 0

Publisiti murah yang ‘mahal’ harganya???

[Copy link]
Post time 31-3-2022 12:23 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Publisiti murah yang ‘mahal’ harganya
Oleh TENGKU SUZANA RAJA MAMAT

MENJEMPUT kemasyhuran dan perhatian selalunya datang menerusi dua cara, satu menggunakan pendekatan berhemah dan kedua, cara ‘berani’ atau licik.

Kebanyakan kaedah yang mudah menangkap perhatian ramai hari ini, khususnya menerusi media sosial boleh dikatakan licik tapi sejauh mana berani atau berhemah, semua itu terserah kepada strategi dan impaknya yang terhasil.

Pendek kata, nak masyhur dengan cara paling cepat, kenalah licik. Kena macam usahawan popular Datuk Seri Vida atau paling tidak, kena berani dan sedikit tolol seperti yang dilakukan produksi drama bersiri Perempuan Itu yang kecoh baru-baru ini.

Penulis percaya, pencipta idea perkongsian klip babak ‘daring’ naskhah Perempuan Itu sangat faham tentang konsep tiga ‘s’; seksual, seram dan sensasi yang menjadi isu kegemaran sepanjang zaman di mana sahaja.

Hanya dengan sekurang-kurangnya satu daripada tiga elemen tersebut, terutama dalam sesebuah produk popular seperti drama atau filem pun sudah cukup mengumpan perhatian. Ibarat mengumpan semut dengan gula. Tepat.

Itulah yang berlaku baru-baru ini. Melibatkan nama pelakon sensasi, Zul Ariffin dengan jutaan perhatian sedia ada ke dalam babak seksual adalah satu perhitungan licik.

Biarpun perkongsian kandungan tidak senonoh tersebut dikatakan sekadar untuk publisiti dan bukannya pengisian drama terbabit, semuanya tidak boleh dihadam.

Logiknya, pelakon seperti Zul tidak perlu terlalu beria-ria untuk membuat kempen kesedaran awal tentang produk lakonannya (dia bukan penerbit yang harus berkira tentang untung rugi), sementelah tarikh siaran dan sidang media pelancaran karya berkenaan masih tidak wujud dalam pengetahuan orang media.

Tetapi sebab dia Zul Ariffin, aktor bertaraf hero pujaan Malaya nombor satu selepas Remy Ishak menjadi milik orang, apa sahaja sensasi melibatkan Zul semudah memetik jari.

Mudah sahaja berjuta-juta komen mencurah masuk, justeru meledak-ledaklah ‘view’, perkara pokok yang jadi asas fokus bisnes industri kreatif zaman ini.

Namun publisiti percuma yang diraih tanpa perlu bajet buat majlis pelancaran itu tetap mahal harganya. Terimalah kesan buruk, kejatuhan ‘air muka’ yang penulis kira sesuatu paling mahal di dunia. Ketinggian moral mereka seperti sudah terjun terjatuh ke gaung paling gelap.

Mungkin tidak setanding ‘kejatuhan air muka’ Chris Rock ataupun Will Smith di pentas Academy Awards Isnin lalu, tetapi itulah tamparan yang sedang diterima, Zul termasuk, Erma Fatima, satu nama besar yang turut terkait dalam kontroversi berkenaan ketika ini.

Sakit kena tampar itu satu hal, sakit menanggung malu juga lebih besar. Bukan hanya orang kena tampar, si penampar juga sama menanggung akibat.

Sehebat-hebat ‘drama’ tampar Oscars 2022, Malaysia juga ada adegan epik antara Mat Over yang menampar David Teo di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Dialog Transformasi Nasional TN50 (2017). Yang nyata, itu bukan gimik, itu baran dan garang!

https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... ang-mahal-harganya/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.068540 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list