CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Perlis] Lima ditahan tangkap siput retak seribu secara haram

[Copy link]
Post time 30-3-2022 04:25 PM | Show all posts |Read mode

APMM Zon Maritim Kuala Pwrlis menahan lima nelayan termasuk dua tekong kerana didapati menjalankan kegiatan penangkapan siput retak seribu secara haram di perairan Kuala Perlis. FOTO IHSAN APMM ZON MARITIM KUALA PERLIS

Kangar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis menahan lima nelayan termasuk dua tekong di dua lokasi berbeza di sekitar perairan Kuala Perlis kerana disyaki menangkap siput retak seribu secara haram, semalam.

Pengarah APMM Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, pihaknya kerap menerima maklumat orang ramai berkaitan aktiviti penangkapan siput jenis retak seribu yang diharamkan di perairan Perlis.

"Tangkapan dibuat dalam dua bot fiber tanpa nombor dilakukan pada 5.51 petang dan 5.53 petang pada kedudukan kira-kira 1.7 dan 2.6 batu nautika dari barat daya muara Kuala Perlis.

"Sebaik menerima maklumat, sebuah bot peronda APMM yang sedang melakukan rondaan rutin Op Aman diatur gerak ke lokasi bagi membuat pemeriksaan sebelum menahan bot terbabit.

"Pemeriksaan ke atas kedua-dua bot terbabit menjumpai satu set sangkar besi berupa tangguk siput serta hasil laut jenis siput retak seribu seberat 55 kilogram dianggarkan bernilai keseluruhan rampasan termasuk bot, enjin, sangkar besi dan siput retak seribu sekitar RM16,966," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, nelayan terbabit menggunakan bot fiber dengan enjin sangkut bergalah (ekor biawak) dan apabila menyedari kegiatan mereka dikesan serta diekori pihak berkuasa laut, suspek memotong tali sangkar siput dan membuangnya ke laut bagi mengelakkan ditahan.

Menurutnya, semua yang ditahan adalah nelayan tempatan berusia antara 15 hingga 50 tahun dan berpangkalan di Kuala Perlis sebelum semua rampasan dibawa ke jeti APMM Zon Maritim Kuala Perlis.

"Mereka disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985 kerana mengendalikan bot tanpa lesen sah.

"Selain itu, mereka didapati melanggar Seksyen 11 (3) (c) kerana memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.509450 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list