CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45834|Reply: 1181

[Tempatan] "RM800 Je Apa Masalah Kau?"-Pensyarah Berlagak Hina Pelajar B40 Tak Mampu Beli Laptop

  [Copy link]
Post time 30-3-2022 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Sebuah video tular memaparkan seorang wanita dipercayai seorang pensyarah menghina pelajarnya kerana tidak mempunyai komputer riba.


Dalam rakaman tersebut, wanita itu bertanya tentang latar belakang keluarga pelajar berkenaan.


Situasi tegang tercetus apabila pelajar tersebut menjawab bapanya tidak bekerja dan ibunya sudah tiada.








"Kau tak ada adik beradik? Ko cakap dengan kakak kau, kalau ada gelang emas pergi jual gelas beli komputer.


"Hanya RM800 beli komputer apa masalah kau?







Tambahnya lagi, "sebab tu aku tak boleh duduk dengan B40, dia lebih memikirkan fasal lain daripada pelajaran."


Di ruangan komen, ramai bengang dengan sikap angkuh tersebut.


Ramai juga turut berasa kecewa kerana golongan berada selalu menghina golongan yang tidak berkemampuan. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
B40 macam2 bantuan ya. Pergi mana semua bantuan itu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 30-3-2022 09:22 AM
dua_chzy replied at 30-3-2022 09:19 AM
B40 macam2 bantuan ya. Pergi mana semua bantuan itu?


Ada bantuan laptop ke? Mungkin bdk tu x tau maklumlah ibu pun dh tiada nk amik tau hal sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 30-3-2022 01:25 AM

Sorry ya tuan2 puan2.

Akak setuju dengan pensyarah ini yang dah kertu dan sah2 dah lama berada dalam dunia pendidikan tak layan BS dari pelajar atau family pelajar.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:23 AM | Show all posts
pensyarah sepatutnya lebih bijak memahami masalah pelajar...kualiti pensyarah2 di malaysia amat rendah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 30-3-2022 01:28 AM
mojarean_X replied at 30-3-2022 01:21 AM
Ada bantuan laptop ke? Mungkin bdk tu x tau maklumlah ibu pun dh tiada nk amik tau hal sekolah.


Ibu takda, bapak masih ada kan? Tompang tanya, mak2 ja ka kena tau hal sekolah anak2 ini?

Dari prasekolah bermacammmmm bantuaannnnn family B40 ni dapat.

Student UiTM kan? Jangan tunggu kena spoon fed. Jika tak tahu, tanya. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dan ya B40 ni ada bantuan laptop. Google sahaja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2022 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 30-3-2022 09:27 AM
dua_chzy replied at 30-3-2022 09:24 AM
Dari prasekolah bermacammmmm bantuaannnnn family B40 ni dapat.

Student UiTM kan? Jangan tunggu ke ...


Ohh faham. Mereka yg berada dlm dunia pendidikan lebih memahami kerenah sebegini. Tp masa zaman dulu, walau cikgu atau pensyarah kami x delah nk sebar2 keaiban dia. Cuma berharap tahun dpn/sem lain dpt cikgu/pensyarah berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dan akak setuju part jual gelang emas itu. Bergolok gadai la demi pendidikan dek. Orang susah tempat akak sampai jual tanah segala nak support anak blaja di IPTA ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 09:27 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 29-3-2022 08:21 PM
Ada bantuan laptop ke? Mungkin bdk tu x tau maklumlah ibu pun dh tiada nk amik tau hal sekolah.

Sekolah rendah ke budak ni sampai segala mala tak boleh urus sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 30-3-2022 09:27 AM
Sekolah rendah ke budak ni sampai segala mala tak boleh urus sendiri?

Betul juga.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:28 AM | Show all posts
point prof tu kita paham tapi iols pernah dpt la dari laser ni
bdk tu pun dah grad
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 30-3-2022 01:26 AM
Ohh faham. Mereka yg berada dlm dunia pendidikan lebih memahami kerenah sebegini. Tp masa zaman du ...

Memang der. Zaman kita dulu kena kutuk bloody fool, maki hamun memacam oleh pensyarah pun takdanya nak viral2.

Kalau budak2 yang datang kuliah ni tak kuat sentap dan fikir betul2 kebenaran ayat pensyarah tu kata, deols takkan viral2 la. Betul la pensyarah tu kata lepas ni dia nak ajar Excel, camna budak tu nak buat tugasan jika takda laptop?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-3-2022 09:27 AM
Dan akak setuju part jual gelang emas itu. Bergolok gadai la demi pendidikan dek. Orang susah tempat ...


Ohh citer drama melayu dulu2 byk kisah jual tanah nk hantar anak ke menara gading sblm ada ptptn.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha tak semudah itu nak suruh kakak gadai emas untuk adik belajar.
Lagi 1 dia tak dapat PTPTN atau biasiswa JPA ke? Duit tu boleh beli laptop. Lagi 1 bapak tak kerja? Sakit ke? Tolonglah duduk UiTM patut dah fikir cari jalan sendri. Aku dulu guna PTPTN beli laptop. Duit poket lain join PALAPES wataniah. Dapatlah bayar yuran sem.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 sekarang mana boleh bebel Prof...depa ada Iphone boleh rakam edit dan viral. Telinga depa menanah kalau kena bebel. Jangan tak tau ye..duit ptpn pun sanggup beli iphone drp beli laptop.

Ada je laptop RM800. Beli yg refurbished drp pekilang. Pernah beli dulu masa anak mula masuk pra U. Ada je set PC pakai kat rumah harga 90 je lepas recycle handphone atau alat elektrik buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-3-2022 09:24 AM
Ibu takda, bapak masih ada kan? Tompang tanya, mak2 ja ka kena tau hal sekolah anak2 ini?

Dari pr ...

Kwn2 i dr keluarga b40 dulu masuk uitm sume hidup mewah dgn ptptn. Bli henpon mhl, melancong indon, phuket, Skang xtau la mcm mana dah bdk2 uitm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts

Netizen berbelah bagi pensyarah universiti hina golongan b40

Edited by YgBenar at 30-3-2022 09:48 AM


Sejak dilanda Covid 19,pembelajaran dalam talian telah dipraktikkan dengan meluas samaada untuk pelajar sekolah hingga pelajar universiti.Namun pembelajaran secara dalam talian ini memerlukan alatan seperti telefon bimbit dan komputer riba supaya sessi pembelajaran boleh dilakukan.Namun ada golongan b40 yang tidak mampu membeli komputer riba dan hanya mampu gunakan telefon bimbit

Kini trending di twitter mengenai seorang pensyarah universiti menghina golongan b40.Pensyarah itu sangat tidak berpuashati apabila pelajarnya hanya menggunakan telefon bimbit untuk belajar.Beliau meminta pelajar itu menggadai emas adik beradik untuk membeli komputer riba rm800 dan melahirkan rasa jengkel untuk bercampur dengan golongan b40

Netizen berbalah pensyarah itu tidak patut menghina golongan b40 manakala netizen lain kata pelajar itu sepatutnya ada komputer riba atas usaha sendiri tanpa harap bantuan

Berikut dialog


Prof : Cakap dengan tunggul. Berapa jawapan dia? Negatif?
Pelajar : 0.07. (bunyi bising)
Prof : Kau pakai apa? Kau pakai phone ek?
Pelajar : Ya prof.
Prof : Mana kau punya komputer?
Pelajar : Aaaa.. Saya tak ada komputer prof.
Prof : Engkau tinggal kat mana?
Pelajar : Seremban.
Prof : Kau tinggal kat Seremban. Bapak kau kerja apa?
Pelajar : Tak kerja prof.
Prof : Mak kau kerja apa?
Pelajar : Tak ada dah Prof.
Prof : Mak kau dah tak ada, bapak kau dah tak kerja.
Pelajar : Ya prof.
Prof : Kau tak ada adik beradik?
Pelajar : Ada prof.
Prof : Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual kat gelang emas, pergi beli komputer. Aku cakap dengan kamu, kalau kau ada kakak ada gelang emas, pergi jualkan gelang emas beli komputer.
Patut tu kau tak boleh belajar dengan baik disebabkan kerana kau tak ada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau Excell. Pasal tu kau akan menjadi drop out student.
Semester 5 kau tak ada komputer. Aku aku sanggup tak ada pakaian, aku ada 5 je pakaian, the most important is the computer is very very important for me.
Hanya 800 sahaja beli komputer. Apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya! Dia lebih memikirkan pasal lain dari pembelajaran.
Ok kelas, kau tutup kamera kau tu. Aku taknak tengok lagi dah.


Sumber FB Mahasiswa Keadilan Malaysia




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 30-3-2022 09:33 AM
Kwn2 i dr keluarga b40 dulu masuk uitm sume hidup mewah dgn ptptn. Bli henpon mhl, melancong indon ...

Dgr citer yuran uitm murah kan smpi ada yg mampu beli motor dgn duit ptptn kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 30-3-2022 01:31 AM
Ohh citer drama melayu dulu2 byk kisah jual tanah nk hantar anak ke menara gading sblm ada ptptn.  ...

Aiols ni reply tered ni dalam keadaan panas hati sebab tadi pi round kelas, jumpa buku latihan masih berbungkus, baru, tak terusik, dalam meja pelajar Form 5 2021. Ada la dalam 10 buku latihan. Family budak ni miskin ni, B40. Tapi buku latihan baru tak terusik terbiar dalam laci meja di dalam kelas. Apekah? Nama ja meskin tapi attitude camtu? Ntah2 buku latihan tu dibeli dengan duit bantuan tapi idok pun digunakan. Ada buku latihan lain yang cuma 3-4 mukasurat bertulis. Eehhhhh sebab tu akak auto immune nak kesian2 kat B40 ni. Minta maaf.

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:37 AM | Show all posts
Edited by Simunggu at 30-3-2022 09:38 AM

M40/T20 terkial kial tiada bantuan...tapi keutamaan anak anak utk belajar adalah no.1....B40 apa keutamaan anda? saya makan no.2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.116584 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list