CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 818|Reply: 4

[Pulau Pinang] Selamba memandu tanpa lesen, insurans

[Copy link]
Post time 30-3-2022 12:52 AM | Show all posts |Read mode
Selamba memandu tanpa lesen, insurans
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 29 Mac 2022



Kenderaan perkhidmatan yang disita oleh JPJ.


SEBERANG JAYA - Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan tiada lesen memandu antara kesalahan yang dikesan dalam Ops Khas Kenderaan Perkhidmatan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, baru-baru ini.


Ketua Bahagian Penguatkuasanya, Megat Shariffuddin Megat Ahmad Zakir berkata, operasi yang dijalankan selama seminggu di seluruh negeri ini telah memeriksa 346 buah kenderaan perkhidmatan barangan dan perkhidmatan awam.


Menurutnya, hasil pemeriksaan itu pihaknya telah mengeluarkan 102 notis atas pelbagai kesalahan selain menyita enam buah kenderaan.


"Sikap ambil mudah pengusaha serta mementingkan keuntungan dengan membenarkan pemandu memandu kenderaan yang tamat tempoh LKM serta tiada perlindungan insurans amat merbahaya kepada pemandu dan juga kepada pengguna jalan raya lain.


"Sekiranya berlaku kemalangan disebabkan kenderaan tersebut tidak dilindungi insurans," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Selasa.


Megat Shariffuddin berkata, ketika pemeriksaan dibuat ada di kalangan mereka yang langsung tidak mempunyai lesen memandu.


Katanya, perbuatan tidak bertanggungjawab ini amat berisiko dan boleh mengundang padah disebabkan pemandu terbabit tidak berkemahiran memandu terutama kenderaan perkhidmatan barang atau awam.


Jelasnya, kenderaan mereka boleh disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


"Kepada pengusaha Kenderaan Perkhidmatan Barangan dan Kenderaan Perkhidmatan Awan dinasihatkan supaya memastikan kenderaan mempunyai LKM yang berkuatkuasa dan mengambil pemandu yang memiliki lesen memandu yang sah bagi mengelak dari dikenakan tindakan saman dan kesulitan semasa di jalan raya.


"Penguatkuasaan secara berterusan dan berfokus akan terus dilakukan bagi memastikan pengusaha dan pemandu mematuhi peraturan dan undang-undang serta tindakan tegas akan diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin selamat," katanya.





Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... anpa-lesen-insurans
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 06:56 PM | Show all posts
kerja mcm ni kalau takde insurance jadi apa2 bahaya tau, better ambil la insurance. insurance murah pun boleh asalkan ada
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:57 PM | Show all posts
abnegation replied at 18-5-2022 06:56 PM
kerja mcm ni kalau takde insurance jadi apa2 bahaya tau, better ambil la insurance. insurance murah  ...

ada insurance murah kalau you nk tahu, ada plan digi yg baru include insurance skali utk plan telefon.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:59 PM | Show all posts
insurance ni mcm wajib utk setiap org kalau pekerja e-hailing better ambil plan digi baru tu. murah pun murah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 10:49 AM | Show all posts
angieen replied at 18-5-2022 08:59 PM
insurance ni mcm wajib utk setiap org kalau pekerja e-hailing better ambil plan digi baru tu. murah  ...

itulah lagipun plan tu insurance under zurich so takde la unsur scam ke apa haaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.080424 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list