CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1424|Reply: 17

"Ni Kahwin Ke Expo?" – PKP Lama Sangat, Majlis Kahwin Pasang 19 Khemah!

[Copy link]
Post time 29-3-2022 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Tiktok Farazulkipli


Setiap pasangan pasti menginginkan majlis perkahwinan yang hebat. Selalunya, setiap majlis kahwin pasti ada tema tersendiri seperti tema 'garden', klasik, 'bollywood' dan macam-macam lagi.


Tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan juga mesti akan fokus dengan makanan yang disediakan. Adat orang Melayu kita, mesti ada nasi minyak, ayam masak merah, dalca dan air sirap. Sedap betul!


Selain itu, pelamin dan 'doorgift' juga menjadi perhatian kita jika hadir ke majlis perkahwinan. Tetapi, lain pula ceritanya dengan video TikTok yang dimuat naik pengguna farazulkipli.


Gadis ini telah menunjukkan sebuah majlis perkahwinan yang sangat unik. Menerusi video yang dikongsikan, gadis ini merakam suasana di majlis perkahwinan di mana biasanya, khemah di majlis perkahwinan mesti bawah 10.


Namun, majlis perkahwinan ini mempunyai 19 khemah. Memang betul-betul perkahwinan yang mewah!







Meninjau ke ruangan komen, ada beberapa netizen yang berkata, majlis perkahwinan ini sama seperti persiapan bazar Ramadan atau expo kerana terlalu banyak bilangan khemahnya. Ada juga yang mengatakan bahawa pengantin bukan sahaja menjemput satu kampung tetapi satu daerah.






Sumber: Tiktok Farazulkipli





Mungkin sebab sudah lama kenduri kahwin tidak dapat dibuat kerana pandemik COVID-19, maka ramai pengantin yang nak all out setelah lama menunggu giliran untuk membuat majlis perkahwinan. - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 05:07 PM | Show all posts
time2 covid ni over plak aih
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 05:08 PM | Show all posts
time2 covid ni over plak aih
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 05:09 PM | Show all posts
pengantin ramai kawan2...
mak pengantin ramai kawan2...
pak pengantin ramai kawan2....

pastu dia buat penjarakkan social kot 1m sorang...satu meja 4-5 org je instead of 8-10
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti orang have2 ni
Biasa have2 cara kampung buat camni khemah banyak2
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal kau tak berhutang keliling pinggang takpe..
Asal kau tak meriak sana sini, takpe. Bukan apa....takut terkena 'ain nanti. Penyakit' ain ni tak semestinya kena pada bayi ye puan hajah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2022 10:14 PM | Show all posts
motip kena 19 khemah? aura 19 lain macam ke dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
I baca dkt fb ada yg ckp ni indian wedding?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Area saya dulu orang pasang 11 khemah. Makanan tak cukup dan tak sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 08:42 AM | Show all posts
nnt boleh gantung board mcm jual buah kt senawang tu
dah kawin bro, cari duit nak bayar hutang pas majlis bro
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 08:53 AM | Show all posts
mampooo apo salah nya
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 04:28 PM | Show all posts
Wah banyaknya tapi kalau mampu tak mengapa kalau sampai berhutang sendiri kena ingat ler nanti
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada emergency ke apa mcm mana ambulance nak lalu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 30-3-2022 01:39 AM
I baca dkt fb ada yg ckp ni indian wedding?

Kelasss nyah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 30-3-2022 07:34 PM
Kelasss nyah

India yg kaya katanya mmg gini . Ada yg majlis 3@7 hari pon ada. Kalau tgk india muslim kahwin pon meriah. Tp india mmg cheapskate. Sbb pernah kerja utk majlis india muslim
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni berlaku di depan apartment rumah i...mmg indian wedding..die dh apply permit kt dbkl..tp tu la..agak2 la dh tutup jalan sampai mcm ni...datuk seri katanya...

Mmg mengamuk 3 biji apartments kt sini...ktorg terpakse guna only 1 way in out utk almost 3k unit...sabar je la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pichee replied at 30-3-2022 10:14 PM
Ni berlaku di depan apartment rumah i...mmg indian wedding..die dh apply permit kt dbkl..tp tu la..a ...

Cheapskate nya dato ni
Pi lah tempah dewan ke stadium bt jalil klau nak buat meriah have2
Sampai blocking jalan orang
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
evlinne replied at 1-4-2022 01:54 PM
Cheapskate nya dato ni
Pi lah tempah dewan ke stadium bt jalil klau nak buat meriah have2
Sampai  ...

Iyea u...datuk seri ke menda gini gaya....sewa la dewan rakyat..pnyr la byk kt area desa pandan sini ...hhmmm....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.080862 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list