CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

[Kedah] Pengembara dari Thailand boleh jalani ujian Covid-19 di Kompleks Darul Qiyyam

[Copy link]
Post time 29-3-2022 02:52 PM | Show all posts |Read mode

Kompleks Darul Qiyyam

Alor Setar: Semua pengembara dari Thailand yang masuk melalui Bukit Kayu Hitam boleh menjalani ujian saringan Covid-19 di Kompleks Darul Qiyyam bermula 1 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, kemudahan itu disediakan oleh pengendali swasta dengan kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bagi memastikan mereka dapat menjalani ujian itu lebih awal dalam tempoh 24 jam seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Setiap pengembara dari Thailand perlu memuat turun aplikasi MySejahtera sebaik tiba di sempadan negara. MySejahtera mereka akan menunjukkan status berwarna jingga dan apabila didapati negatif selepas melakukan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) baru ia bertukar ke warna biru.

"Jika tidak, mereka sukar untuk memasuki mana-mana premis atau hotel di dalam negara kerana belum menjalani ujian saringan berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Sebelum ini media melaporkan pengembara tempatan atau warga asing yang memasuki negara bermula 1 April ini tidak lagi perlu melaksanakan ujian saringan Covid-19 secara serta-merta di pintu masuk negara.

Itu antara beberapa dasar baharu digariskan dalam protokol am untuk pengembara diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mula berkuat kuasa apabila negara memasuki fasa peralihan ke endemik 1 April ini.

Khairy berkata, pengembara tempatan atau warga asing masih perlu menjalani ujian saringan Covid-19, namun mereka diberi tempoh 24 jam untuk berbuat demikian selepas memasuki negara.

Dr Mohd Hayati, berkata bagi pengembara yang didapati positif Covid-19, mereka akan dikuarantin selama lima hari di hotel yang ditetapkan.

Katanya, kos kuarantin di hotel berkenaan akan ditanggung sendiri oleh pengembara.

"Kita sedang cari lagi hotel yang sesuai untuk pengembara yang positif Covid-19 menjalani kuarantin, pengembara dari Thailand ini sebenarnya sudah melakukan ujian kaedah Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) sebelum masuk ke negara kita, hanya mereka yang negatif sahaja dibenarkan meneruskan perjalanan di sempadan ke Malaysia.

"Pengembara dari Thailand ini tidak diwajibkan melakukan ujian saringan di Kompleks Darul Qiyyam, mereka boleh lakukan di mana-mana fasiliti kesihatan dalam tempoh 24 jam," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri mengalu-alukan kehadiran pengembara ke negeri Kedah selain meminta mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, kehadiran pengembara dari luar negara diharapkan merancakkan kembali ekonomi setempat selepas dua tahun berdepan dengan pandemik Covid-19.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.061918 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list