CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 276|Reply: 0

[Kedah] Isteri 'cover line', suami pecah cermin

[Copy link]
Post time 28-3-2022 02:29 PM | Show all posts |Read mode

KERETA yang dirampas daripada suami isteri yang ditahan di Taman Semeliang Maju. FOTO Izad Thaqif Hassan

Sungai Petani: Polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes pecah kereta di Kuala Muda dan Yan didalangi suami isteri yang ditangkap di Taman Semeling Maju, di sini, Jumaat lalu.

Pasangan berusia 28 dan 33 tahun terbabit dikesan menjadikan kawasan tumpuan pengunjung di Tanjung Dawai sebagai sasaran kegiatan pecah cermin kereta yang diparkir di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek ditahan dalam serbuan ke atas rumah kira-kira jam 11 pagi dan pemeriksaan menemukan pelbagai barang seperti rantai leher, cincin, resit jualan barang kemas dan telefon bimbit.

"Siasatan mendapati suspek menjadikan kedai makan dan kawasan tumpuan ramai sebagai sasaran untuk melakukan jenayah memandangkan banyak kenderaan diletak di bahu jalan.

"Suspek lelaki akan memecahkan cermin kereta untuk mencuri barangan berharga manakala isterinya berperanan memerhatikan keadaan sekeliling bagi mengelak jenayah mereka diketahui orang ramai.

"Barangan curi kemudian dijual kepada pembeli dengan hasil jualan akan digunakan untuk menampung perbelanjaan harian mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Adzli berkata, pasangan terbabit direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan hasil ujian air kencing mendapati positif dadah Methamphetamine.

"Semakan rekod lampau mendapati suspek pernah ditangkap atas kesalahan mencuri serta pernah dipenjarakan atas kesalahan berkaitan dadah," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam kes berasingan empat ahli Geng Mad Add berusia 20 hingga 23 tahun ditahan dalam serbuan berasingan dekat Taman Sejati kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan 20 kes curi motosikal yang aktif sejak Julai 2019.

Menurut Adzli, polis merampas 10 rangka motosikal dan sebuah enjin motosikal yang dilaporkan hilang.

"Modus operandi yang digunakan ialah bergerak secara bertiga menaiki dua motosikal ke kawasan sasaran seperti taman perumahan, tapak pasar malam serta kawasan kilang dan salah seorang suspek bertindak sebagai pencuri dan dua lagi menjadi pemerhati.

"Motosikal yang dicuri akan dihantar ke rumah salah seorang suspek yang bertindak sebagai pembeli dan melerai komponen sebelum dijual melalui laman sosial mengikut harga dan permintaan pelanggan," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.393667 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list