CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tambah trek joging demi kemudahan rakyat Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 28-3-2022 01:30 PM | Show all posts |Read mode

SOON Lip Chee (enam dari kiri) dan Nurul Izzah Anwar ketika hadir pada majlis perasmian serta penyerahan gelanggang bola keranjang Taman Cermai di Kadun Permatang Pasir, Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam.

PERMATANG PAUH: Sebanyak 56 peratus responden yang terdiri daripada kalangan penduduk Pulau Pinang menggemari aktiviti berjoging dengan 53 peratus daripada mereka juga berharap laluan untuk aktiviti itu ditambah.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee berkata, dapatan itu diperoleh hasil kajian soal selidik yang dijalankan oleh Penang Sports Index untuk tempoh empat bulan pertama tahun lepas.

“Susulan kajian soal selidik itu juga, peruntukan sebanyak RM178,641 telah digunakan untuk membina tiga buah projek laluan joging di kawasan Seberang Perai pada 2021.

“Tiga projek itu ialah masing-masing di Taman Bayu dan Taman Ampang Jajar iaitu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) Bagan Jermal serta di Sungai Udang (Kadun Sungai Acheh),” katanya.

Beliau ditemui semasa majlis perasmian serta penyerahan gelanggang bola keranjang Taman Cermai di Kadun Permatang Pasir, di sini semalam.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil.

Terdahulu, gelanggang bola keranjang itu menjalani proses naik taraf selama 16 minggu bermula 16 Ogos tahun lepas.

Ia melibatkan kerja-kerja menaik taraf lantai, mengecat permukaan lantai, menaik taraf tiang dan memasang lampu limpah dengan kos keseluruhan sebanyak RM105,450.

Mengulas lanjut kata Lip Chee, kerajaan negeri juga mempunyai perancangan untuk membina laluan joging di sekeliling padang bersebelahan gelanggang bola keranjang itu tahun ini.

“Satu lawatan telah dibuat pada 27 Mac lalu bersama pegawai dari pejabat Kadun Permatang Pasir, pegawai pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDT SPT), pegawai MBSP (Majlis Bandaraya Seberang Perai), KRT (kawasan rukun tetangga) serta MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) Taman Cermai dan Samagagah berhubung perkara ini.

“Secara dasarnya, semua pihak telah bersetuju dengan pembinaan projek ini. Pada masa sama, mereka juga akan akan memastikan segala peralatan permainan kanak-kanak yang berada di padang itu dikekalkan,” katanya. – UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.089553 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list