CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 293|Reply: 0

[Perlis] Warga emas beli dan sedekah

[Copy link]
Post time 28-3-2022 12:11 PM | Show all posts |Read mode

ORANG ramai mengambil peluang membeli barangan keperluan pada harga murah di Gerai JHP sempena Program Jelajah AKM Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis, semalam.- UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

  

KANGAR: Seorang warga emas mengambil peluang membeli barangan keperluan di Gerai Jualan Harga Patut Koperasi (JHP) sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Perlis dan menyalurkan kepada golongan memerlukan bantuan.

Pada masa sama, orang ramai terus mengambil peluang membeli pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, gula,minyak masak dan bawang yang dijual pada harga murah semasa hari terakhir AKM Perlis di tapak karnival di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, di sini, semalam.

Naimah Saad, 62, berkata, harga yang ditawarkan di gerai jualan tersebut sangat murah sekali gus membantu meringankan beban khususnya golongan memerlukannya.

Katanya, perbezaan harga barangan sangat ketara berbanding kedai-kedai runcit dan pasar raya dengan harga jauh lebih murah.

Ujarnya, selalunya beras lima kilogram berharga RM13.50 namun di gerai tersebut hanya serendah RM10 manakala gula dari RM2.80 turun kepada RM2 selain bawang sebungkus dari RM3.80 kepada RM2.

“Saya beli pelbagai jenis barangan asas dengan harga murah dan bercadang untuk bersedekah. Dengan perbelanjaan sekitar RM300, banyak barang keperluan asas yang dapat dibeli.

“Saya harap program seperti ini dapat diteruskan yang sangat-sangat membantu rakyat dalam suasana serba mencabar ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Seorang lagi pengunjung, Ismail Halim,40, berkata, inisiatif gerai jualan harga patut sempena program AKM sangat membantu khususnya bagi golongan yang memerlukan bantuan.

“Inilah peluang bagi orang ramai membeli pelbagai jenis barangan keperluan harian dengan harga jauh lebih murah. Di saat kebanyakkan harga barangan melambung tinggi, inisiatif gerai jualan tersebut telah membantu rakyat,” katanya.

Sebagai rekod, lebih 50 barangan keperluan asas dan penjagaan diri pada harga berpatutan disediakan di gerai jualan tersebut. – UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.341739 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list