CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 2

[Kedah] Gurauan tidak sempat berpuasa petanda ajal

[Copy link]
Post time 28-3-2022 10:25 AM | Show all posts |Read mode

MAYAT dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk tindakan lanjut. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: "Syukur Alhamdulillah, jasad isteri saya akhirnya ditemukan terapung di lokasi pencarian oleh pasukan penyelamat hari ini, " kata Sulaiman Tasu, 58.

Mayat Rossidah Yusof, 57, ditemukan lemas pada jam 4.33 petang ketika Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah ketika sedang melakukan operasi pencarian di Tandop Pak Din, Sungai Bukit Teriak, Telaga Mas, Langgar, hari ini.

Sulaiman berkata, sebelum ini isterinya beberapa kali bergurau dengan memberitahu dia tidak sempat berpuasa Ramadan ini.

Katanya, tidak sangka pula apa yang diluahkan isterinya itu membawa petanda yang dia akan pergi buat selama-lamanya apabila ditemukan lemas hari ini.

"Setiap kali menyambut Ramadan, arwah paling suka masak ayam bakar kerana itu menjadi juadah kegemaran tiga anak kami terutama yang bongsu.

"Tapi tahun ini kami takkan merasai lagi hidangan ayam bakar hasil tangan arwah isteri dan itu akan menjadi kenangan kami anak-beranak," katanya ketika ditemui di lokasi pencarian hari ini.

Sulaiman berkata, arwah isterinya memang pandai memasak kerana suatu masa dulu mereka pernah berniaga di kedai makan.

Katanya, mereka sekeluarga reda dengan pemergian arwah walaupun dia pergi seminggu sebelum menjelangnya Ramadan.

"Namun saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua anggota bomba dan polis yang bertungkus-lumus mencari isteri saya sehingga ditemui," katanya.

Sementara itu, Ketua Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Penguasa Bomba,Mohd Bustan Karudin berkata, mayat ditemukan pada jam 4.33 petang selepas terapung di permukaan air.

Beliau berkata, pada jam 4.45 petang, mayat diangkat oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada polis.

"Mangsa ditemui kira-kira 7 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan bermula sekitar 10 pagi tadi.

"Anggota PPDA JBPM Kedah melakukan selaman enam kali di kawasan pencarian mangsa dilaporkan terjatuh sebelum mayat ditemui terapung di situ," katanya.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2022 02:11 PM | Show all posts
Salam takziah diucapkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 12:13 AM | Show all posts
Takziah   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.766043 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list