CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

[Pulau Pinang] KRT jadi perantara selesai isu komuniti

[Copy link]
Post time 27-3-2022 04:40 PM | Show all posts |Read mode

Halimah (tengah) pada Majlis Penyampaian Geran Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang di Butterworth, hari ini. - NSTP/Danial Saad

BUTTERWORTH: Peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sangat penting sebagai 'orang tengah' membantu menyelesaikan isu komuniti daripada berlarutan menjadi semakin parah hingga menjejaskan keharmonian, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Merujuk pelbagai isu tular membabitkan anggota masyarakat kebelakangan ini, beliau berkata, perkembangan itu menjadikan peranan KRT semakin penting sebagai perantara bagi menyelesaikan apa juga pertikaian dalam komuniti.

"KRT juga sememangnya menjadi mata dan telinga untuk menjaga perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Contohnya, sekarang kita lihat hanya kerana isu kecil seperti anak main bola terkena bumbung jiran, isu pokok bunga dan lain-lain, tiba-tiba ia menjadi besar dan jika tidak diselesaikan, sudah tentu boleh menjejaskan perpaduan.

"Di sini kita lihat pentingnya fungsi KRT supaya dapat menjadi perantara bagi menyelesaikan isu-isu dalam komuniti mereka, sekali gus mengelak pergaduhan," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Geran KRT Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia, di sini hari ini.

Pada majlis itu, sejumlah RM2.814 juta diperuntukkan bagi 469 KRT aktif di Pulau Pinang untuk memperkasa kepemimpinan masyarakat melalui teras, strategi dan program berimpak tinggi.

Halimah berkata, secara keseluruhannya, sebanyak RM50 juta geran diperuntukkan kerajaan kepada 8,330 KRT seluruh negara tahun ini yang akan diagihkan secara berperingkat secepat mungkin.

Beliau turut meminta pegawai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) di seluruh negara turun padang ke setiap KRT yang berdaftar tetapi tidak aktif.

"Antara punca KRT tidak aktif kerana kepemimpinan di kawasan itu. Itu sebabnya pegawai perpaduan perlu turun dan buat program dengan menerangkan fungsi KRT. KRT perlu ada kerana mereka yang akan menjadi wakil membawa suara komuniti setempat untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.052688 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list