CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2232|Reply: 0

Gunung berapi Filipina meletus, ribuan penduduk diarah pindah

[Copy link]
Post time 27-3-2022 04:23 PM | Show all posts |Read mode


Gambar serahan Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) menunjukkan gunung berapi Taal di wilayah Batangas selepas satu letusan memuntahkan debu dan wap beratus-ratus meter ke udara. — Gambar AFP

MANILA: Ribuan penduduk diarahkan untuk meninggalkan rumah mereka berhampiran sebuah gunung berapi Filipina semalam selepas satu letusan memuntahkan debu dan wap beratus-ratus meter ke udara.

Gunung berapi Taal, yang terletak di sebuah tasik selatan Manila, meletus untuk “jangka pendek” pada jam 7.22 pagi waktu tempatan, kata Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina dalam satu kenyataan.

Ia memberi amaran letusan seterusnya mungkin berlaku, yang menurutnya akan mencetuskan aliran gas, debu dan serpihan berbahaya dan bergerak dengan pantas, termasuk satu kejadian tsunami.

Agensi seismologi mencadangkan “dengan tegasnya” agar penduduk yang tinggal di komuniti yang terdedah sekitar tasik dipindahkan, ketika ia menaikkan paras amaran daripada dua kepada tiga.

Letusan awal telah diikuti dengan “aktiviti phreatomagmatik yang hampir berterusan” mengeluarkan kepulan ke udara sehingga setinggi 1,500 meter.

Letusan phreatomagmatik berlaku apabila batuan cair bertemu dengan air bawah tanah atau permukaan, kata Princess Cosalan, seorang saintis di agensi tersebut, menyamakan ia seperti “menuang air ke atas kuali panas”.

Cosalan memberitahu AFP bahawa pengeluaran debu dan wap telah reda dalam masa beberapa jam selepas letupan awal, namun menyatakan pengesan di kawasan milik institusi berterusan mengesan gempa bumi gunung berapi dan satu lagi letusan sebagai “kemungkinan berlaku”.

“Terdapat gangguan magmatik di Kawah Utama yang mungkin akan menyebabkan letusan seterusnya,” agensi itu memberikan amaran.

Penduduk di lima kampung telah diarahkan untuk meninggalkan rumah mereka, jurucakap pertahanan awam wilayah Kelvin John Reyes memberitahu AFP.

Lebih 12,000 orang yang tinggal di kawasan penempatan itu, menurut data rasmi terkini.

Pihak polis telah diarahkan untuk menghalang penduduk memasuki kawasan yang berisiko tinggi.

Taal adalah salah sebuah gunung berapi paling aktif di sebuah negara yang sering kali dilanda oleh letusan dan gempa bumi disebabkan oleh lokasinya dalam “Lingkaran Api” Pasifik – sebuah zon bagi aktiviti seismik yang kuat.

Akses ke pulau gunung berapi, yang pernah menjadi tempat kediaman komuniti seramai ribuan orang, telah disekat sejak Januari 2020.

Itu adalah ketika satu letupan yang memercikkan debu sehingga 15 kilometer ke udara dan memuntahkan lahar merah, memusnahkan beberapa rumah, membunuh haiwan ternakan dan menyebabkan berpuluh ribu orang tinggal di pusat penempatan.

Pada Julai lepas, agensi seismologi menaikkan paras amaran kepada tiga selepas Taal meletus semula.

Ia mengeluarkan sulfur dioksida selama beberapa hari, membentuk jerebu tebal di ibu negara dan wilayah berhampiran.

Paras amaran telah diturunkan semula kepada dua sebelum letusan semalam. — AFP


utusanborneo.com.my/2022/03/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.190578 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list