CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tabika Perpaduan masih jadi pilihan - Halimah

[Copy link]
Post time 27-3-2022 03:54 PM | Show all posts |Read mode

Halimah menyampaikan geran pada Majlis Penyampaian Geran Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang di Hotel Exora, Seberang Perai, hari ini. - NSTP/DANIAL SAAD

BUTTERWORTH: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sentiasa menambahbaik kualiti pendidikan di Tabika Perpaduan bagi memastikan kanak-kanak pelbagai kaum yang mengikuti pendidikan awal di fasiliti berkenaan mendapat ilmu dan kemahiran sewajarnya.

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata kementerian tidak pernah lepas tangan berhubung aspek kualiti pendidikan bagi kanak-kanak prasekolah berusia empat hingga enam tahun yang memilih belajar di tabika kendalian Jabatan Perpaduan Negara itu.

Katanya, setiap silibus mata pelajaran yang diajar di Tabika Perpaduan adalah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan KPM).

"Ini bermakna kita bukan suka-suka buat (silibus). Ada sistem serta cara yang perlu diikuti bersandarkan kepada KPM. Pada masa sama, Tabika Perpaduan ada Pelan Pendidikan Awal Kanak-kanak tersusun, ada buku teks sendiri hasil kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

"Sebelum ini, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang mencari buku yang sesuai, tetapi kini tidak lagi kerana kita sudah ada buku teks sendiri. Dalam pada itu, guru Tabika Perpaduan juga mempunyai buku lembaran kerja untuk mencatat penyediaan pendidikan yang diajar mengikut tahun, bulan, bahkan mingguan," katanya.

Beliau yang ditemui media pada Majlis Penyampaian Geran KRT Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia di Perai, dekat sini hari ini, mengulas berhubung sambutan ibu bapa yang menghantar anak ke Tabika Perpaduan memandangkan kewujudan tabika swasta yang semakin bercambah.

Halimah berkata, Tabika Perpaduan masih mendapat sambutan apabila sehingga kini terdapat 1,781 tabika berkenaan dengan keseluruhan 37,000 murid di seluruh negara.

"Setakat ini jumlah ini (kanak-kanak) kita kekalkan, tetapi pada masa sama, kita juga sedang menjalankan kaji selidik untuk membuka lebih banyak Tabika Perpaduan pada masa akan datang. Pembukaan Tabika Perpaduan dibuat mengikut permohonan atau keperluan daripada ibu bapa di sesuatu kawasan.

"Kita tidak buka begitu sahaja kerana banyak perkara perlu diambil kira terutama dari sudut kawasan. Contohnya, jika di kawasan itu sudah mempunyai tabika lain, sudah tentu kita tidak akan membuka Tabika Perpaduan di lokasi sama," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.347159 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list