CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 1

[Pulau Pinang] Harga lembu hidup, daging dijangka naik menjelang Aidilfitri

[Copy link]
Post time 27-3-2022 09:56 AM | Show all posts |Read mode

KENAIKAN harga dedak menjadi punca harga lembu dan daging tempatan dijangka naik menjelang Aidilfitri ini.
   

GEORGETOWN: Pengguna sekali lagi dikatakan bakal dibelenggu tekanan apabila terpaksa menerima hakikat kenaikan harga lembu hidup dan daging tempatan sehingga RM42 sekilogram menjelang Aidilfitri ini.

Seorang penternak, Mohammad Rezuwan Mazlan, 39, berkata, perkara itu dijangka berlaku berikutan kenaikan harga dedak sehingga RM6 secara berperingkat sejak awal Januari lalu.

Menurutnya, ketika ini harga bagi satu bungkusan makanan ruminan itu dijual  pada harga RM55 setiap 50 kilogram (kg) berbanding tahun lalu hanya RM48.

“Harga daging lembu tempatan dijangka naik lagi sehingga RM2 menjadi RM42 sekilogram menjelang Aidilfitri tidak lama lagi daripada RM40 sekilogram yang dijual hari ini.

“Ini berpunca daripada kenaikan harga dedak yang tidak dikawal kerajaan sehingga memberi impak kepada kami. Harga dedak naik RM2 sekilogram secara berperingkat dan kini purata kenaikannya setakat ini menjadi RM6.

“Ini baru sebungkus, bagaimana pula jika melibatkan 200 bungkusan atau 10 tan dedak yang dibeli dari pengilang tempatan? Pengguna jangan mengeluh jika berlaku kenaikan harga daging kerana semuanya berpunca daripada  harga dedak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Mohammad Rezuwan memberitahu, agensi berkaitan sepatutnya melaksanakan penetapan harga makanan ruminan serta  melakukan pemantauan di peringkat pengeluar dan pengilang tempatan.

“Pembekal dan peruncit tiada pilihan untuk menaikkan harga baharu nanti sekiranya perkara ini (harga dedak) masih terus naik mendadak serta tidak dipantau.

“Peniaga kecil daging tempatan  juga mungkin akan terus tersepit sekiranya berdepan dengan harga kawalan menjelang perayaan nanti termasuk tindakan yang bakal dikenakan,” tambahnya.

Sementara itu, seorang peniaga daging tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 58, mendakwa, harga pasaran daging serta bahagian lembu tempatan kini dijual sehingga mencecah RM48 sekilogram.

Akuinya, ini ekoran permintaan luar biasa pelanggan gara-gara sambutan saluran masakan di media sosial Youtube sehingga memberi rezeki berganda buat para penjual daging tempatan.

“Daging tempatan ketika ini mampu dijual pada harga RM40, RM45 segunggalah mencecah RM48 sekilogram. Peniaga masing-masing kini berupaya meletakkan harga tanpa kawalan ekoran permintaan luar biasa daripada pelanggan.

“Ada pelanggan yang datang meminta membeli bahagian-bahagian tertentu atau luar biasa seperti lidah, mata, kulit  lembu, otot, urat, tulang, ekor dan daging pinang. Mereka (pelanggan) didakwa mahu mengikut cara masakan yang dikongsi oleh pemilik Youtube masakan,” katanya.

Tambah Ahmad, bagaimanapun dia tetap menjual dengan harga RM40 sekilogram bagi daging tempatan sama dengan harga kawalan tahun lalu. – UTUSAN


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2022 11:46 PM | Show all posts
mak aii rm42 sekilo ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.285506 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list