CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Perlis] ‘Saya pun hairan mengapa ada yang menentang penanaman ketum’

[Copy link]
Post time 27-3-2022 09:53 AM | Show all posts |Read mode

KANGAR: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin hairan masih ada pihak menentang idea penanaman ketum secara sah yang mempunyai banyak kebaikan khususnya dari aspek perubatan dan membawa pulangan lumayan.

Zahidi berkata, penduduk luar bandar terutama pekebun kecil mampu menjana pendapatan lumayan hasil penanaman ketum untuk tujuan komersial sekali gus meningkatkan pendapatan mereka yang tidak menentu ketika ini.

Katanya, sebagai contoh, hasil daun ketum daripada lima batang pokok mampu menghasilkan pulangan sekurang-kurangnya sehingga RM1,500.

Seterusnya beliau meminta semua pihak melihat perkara tersebut dari sudut positif supaya tidak terus ketinggalan berbanding negara luar yang telah mempatenkan tanaman berkenaan.

“Semasa jadi pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), kita membelanjakan kira-kira RM160 juta setahun bagi membantu pekebun kecil getah atau RM500 untuk pekebun kecil getah.

“Sekiranya kerajaan membenarkan perusahaan ketum secara sah, ia mampu mengurangkan perbelanjaan negara, dan meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar khususnya,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata, tanaman ketum mampu menjana pendapatan pekebun Risda sekiranya kerajaan membenarkannya dieksport.

“Kalau sudah legal dan jika boleh beri pendapatan, kenapa tidak? Kalau jual satu kilogram daun ketum boleh mendapat pendapatan berpuluh-puluh ringgit dan dari segi undang-undang ia sah, saya fikir tak menjadi kesalahan,” katanya Mahdzir.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 23 Mac lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memberitahu, kerajaan negeri meminta Kerajaan Persekutuan meneliti dengan mendalam kertas cadangan yang bakal dikemukakan sebelum membuat keputusan untuk tidak meluluskan eksport ketum ke Thailand.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan kementeriannya tidak akan membenarkan daun ketum dari negara ini dieksport ke Thailand.

Mengulas lanjut Zahidi berkata, beliau menerima maklum terdapat pihak yang menyerahkan memorandum meminta kerajaan memberikan kebenaran untuk mengusahakan ganja dan ketum secara sah.

Katanya, kedua-dua tanaman tersebut mempunyai banyak kegunaan termasuk diproses untuk dijadikan makanan haiwan sekali gus mampu mengurangkan kos input pertanian.

“Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan tanaman ganja dan ketum mempunyai kelebihan terhadap haiwan ternakan seperti lembu dan kambing dan kini kita melihat kajian dilakukan ke atas tumbuhan itu untuk dijadikan makanan ayam.

“Dari sudut perubatan pula, produk tanaman ganja seperti minyak Cannabidiol (CBD) turut mempunyai kelebihan untuk dijadikan ubat pelbagai jenis kanser dan mungkin boleh diberikan secara percuma berbanding harga sekarang mencecah sehingga RM300 sebiji,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Padang Besar itu, agensi dadah dan universiti antarabangsa juga turut berjumpa agensi kerajaan tertentu serta Universiti Sains Malaysia (USM) bagi mendapatkan ketum untuk merawat ketagihan dadah serta mengurangkan kebergantungan ubatan kimia kepada organik.

“Negara-negara luar telah mempatenkan kedua-dua tanaman tersebut namun Malaysia masih belum membuat apa-apa tindakan ke arah itu dan ia dilihat sebagai satu kerugian.

“Namun saya hairan mengapa masih ada yang menentang idea menjalankan penanaman kedua-dua tumbuhan tersebut secara sah memandangkan ia mempunyai banyak kebaikan kepada penduduk dan telah terbukti di luar negara,” jelasnya. – UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.059151 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list