CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Pulau Pinang] 2,000 penduduk di Bukit Gedung sudah tiga hari tiada air

[Copy link]
Post time 27-3-2022 09:51 AM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK di empat buah blok di Bukit Gedung, Georgetown, Pulau Pinang terpaksa mengangkat dan menarik  paip dari tingkat bawah flat setelah bekalan air terputus hampir 72 jam lalu.

  
GEORGETOWN: Kira-kira 2,000 penduduk di empat buah blok di Flat Bukit Gedung di sini terpaksa mengangkut air dari tingkat bawah berikutan berdepan masalah bekalan air terputus di kawasan perumahan itu sejak tiga hari lalu.

Rata-rata penghuni yang tinggal di Blok 10, 12, 14 dan 24 itu kini mengeluh dengan keadaan yang berlaku sehingga terjejas rutin harian selain tidak berupaya berdepan masalah yang berlarutan sehingga hampir 72 jam.

Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Type R Bukit Gedong, Mohd. Farook Hassan Ali berkata, pihaknya kini masih menunggu kerja-kerja pembaikian dijalankan pihak teknikal Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sehingga kini.

Menurutnya, ini merupakan kejadian pertama  kali sejak mendiami perumahan flat lima tingkat berkenaan lebih 30 tahun lalu.

“Sampai petang ini masih tiada sebarang perubahan dan penduduk terpaksa mengangkut air setiap masa, siang dan malam.

“Ketika ini, hanya kediaman yang berada di aras bawah iaitu satu dan dua yang mempunyai bekalan air itupun sangat rendah.   

“Penduduk ketika ini sedang bertungkus-lumus mengangkut air dari tingkat bawah naik ke tingkat tiga  hingga lima dengan menggunakan paip sementara . Sampai bila kami nak tunggu bekalan air tiba  seperti sediakala. Penduduk juga terdiri dalam kalangan warga emas dan kanak-kanak,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd Farook memberitahu, semalam penduduk terpaksa menggunakan air yang disalurkan daripada jentera pasukan bomba sukarela dengan kerjasama Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Abdul Halim Hussain. – UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.143087 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list