CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Pulau Pinang] Terowong dasar laut: SPPP serah laporan bertulis minggu depan

[Copy link]
Post time 26-3-2022 03:05 PM | Show all posts |Read mode

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

BUTTERWORTH - Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) akan menghantar ulasan bertulis berhubung projek terowong dasar laut kepada kerajaan negeri Pulau Pinang minggu depan.

Pengerusinya, Datuk Tan Teik Cheng berkata, ketika ini SPPP bersama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) sedang melengkapkan ulasan bertulis itu termasuk laporan terperinci dari sudut perkapalan sebelum menyerahkannya kepada kerajaan negeri.

"Kami akan kemukakan laporan terperinci ulasan bertulis itu termasuk dari segi kepakaran dan sudut perkapalan berkaitan (pembinaan terowong dasar laut) minggu depan untuk (tindakan) kerajaan negeri.

"Ketika ini, kami telah kumpul semua maklumat, dan kita ada halangan jugalah (berhubung pembinaan terowong dasar laut) namun telah senaraikannya dalam laporan itu," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau sebelum itu melawat terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth, di sini dan Pangkalan Raja Tun Uda di Georgetown dekat sini bagi melihat perkembangan projek naik taraf kedua-dua terminal berkenaan.
Teik Cheng berkata demikian sebagai mengulas laporan media sebelum ini mengenai akhbar mengenai kerajaan negeri Pulau Pinang yang masih belum memuktamadkan sebarang keputusan berhubung kajian kebolehlaksaaan projek terowong dasar laut yang dibentangkan kepada Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Februari lepas.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, pihaknya akan membuat keputusan berkaitan projek terowong dasar laut itu selepas menerima ulasan bertulis mengenai kajian kebolehlaksanaannya daripada SPPP dan PPSB.

Kon Yeow juga dilaporkan berkata ulasan secara bertulis itu diperlukan supaya kerajaan negeri dapat membuat pertimbangan lanjut meskipun hasil kajian kebolehlaksanaan secara teknikalnya menunjukkan bahawa projek terowong dasar laut boleh dilaksanakan.

Projek terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer dan tiga jalan utama merupakan antara projek yang terkandung dalam Pelan Pengangkutan Induk Pulau Pinang (PTMP) dengan nilai keseluruhan RM46 bilion.


Sebelum ini, media melaporkan syarikat konsesi Consortium Zenith Construction telah menyelesaikan kajian kebolehlaksanaan hujung 2020, selepas ditangguhkan selama empat tahun dan telah menyerahkannya kepada kerajaan negeri pada bulan Disember tahun yang sama. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... rtulis-minggu-depan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.058375 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list