CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3608|Reply: 18

Lelaki Kongsi ‘Tips’ Berguna Sebelum Berkunjung Ke SkyWorlds, Genting Highlands

[Copy link]
Post time 26-3-2022 02:40 PM | Show all posts |Read mode



Lelaki Kongsi ‘Tips’ Berguna Sebelum Berkunjung Ke SkyWorlds, Genting Highlands

Bagi peminat permainan-permainan ekstrem, berkunjung ke Taman Tema SkyWorlds, Genting Highlands mesti sudah ada dalam perancangan anda.

Selain ‘melayan’ minat sendiri, anda boleh juga berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan dengan bermain pelbagai permainan menarik dalam cuaca dingin ala-ala musim sejuk ini.

Tapi sebelum anda berkunjung ke Taman Tema SkyWorlds, ini perkara yang anda patut tahu sebelum buat tempahan. Ikuti perkongsian bermanfaat pengguna Facebook Nassry Mardee Ismail IV di bawah ini.

Taman Tema SkyWorlds, Genting Highlands
Harga tiket untuk pengunjung mengikut ketinggian adalah seperti berikut:

  • 110 sentimeter (cm) ke atas – RM151
  • 90 cm hingga 110 cm – RM128
  • 90 cm ke bawah – Percuma





Pembelian tiket hanya boleh dibeli secara atas talian melalui aplikasi SkyWorlds. Canggih aplikasi ini, kena fahamkan betul-betul cara baru akan rasa mudah gunakannya.

Boleh juga guna kiosk, tapi tetap kena sambungkan dengan aplikasi jadi menyusahkan, sudahlah kena beratur, akhirnya kena muat turun aplikasi juga.

Harga tiket termasuk dengan gambar dari jurugambar profesional dalam taman tema. Kalian hanya perlu save gambar selfie dua keping, sekeping yang pakai pelitup muka, sekeping lagi tanpa pelitup muka.

Jadi, setiap gambar yang jurugambar ambil, akan automatik masuk ke dalam aplikasi yang kalian muat turun terus ke telefon pintar yang kita gunakan, canggih kan?

Tak buang masa, boleh tengok masa menunggu pada aplikasi
Melalui aplikasi juga, kalian akan nampak “masa menunggu” setiap permainan yang disediakan. Jadi, kita boleh merancang masa dan perjalanan dengan lebih mudah.

Jumlah ada 19 permainan, namun yang betul-betul boleh main cuma 15 sahaja, lagi empat akan dibuka dalam masa terdekat, masih dalam tempoh percubaan.



Setiap pembelian tiket akan diberi percuma enam kali masuk secara “fast lane”. Maka, tak perlu menunggu beratur panjang buang masa seperti orang lain. Cuma, kena tempah awal-awal Virtual Que (VQ) Reservations.

Saya cadangkan tempah sehari sebelum tarikh masuk taman tema. Sebab VQ Reservations ini ada had, siapa tempah dulu, dia punya.

Aplikasi ada GPS, tak akan sesat
Dibuka pada pukul 11 pagi, tutup pada pukul 6 petang. Jadi, memang perlu rancang betul-betul untuk habiskan semua permainan yang ada.

Yang tidak tahan sejuk, eloklah bawak baju sejuk. Jenis kulit biawak tahan sejuk, tak ada masalah.

Ada beberapa permainan yang akan basah sebab percikan air. Sikit sajalah basahnya terutamanya kasut. Saya lihat ada yang pakai baju hujan, pada saya, tak perlu pun, suka hatilah kalau nak pakai pun.



Aplikasi SkyWorlds yang kita muat turun itu ada GPS, jadi, memang tak akan sesat. Kita akan tahu kita di mana dan senang nak ke mana-mana.

Makanan boleh beli dalam taman tema dengan harga yang berpatutan, kali pertama saya masuk taman tema yang harga makanannya tidak semahal taman tema lain.

Secara keseluruhannya, berbaloi untuk bawa anak-anak bercuti ke sini. Permainan untuk budak-budak pun banyak. Tempat yang sangat cantik, mudah, berpatutan dan terancang.



Sumber: Facebook Nassry Mardee Ismail IV

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 12:05 PM | Show all posts
ala2 disneyland sana la... adoi letihnya nk melayan lagi haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak best..byk yg belum bukak x boleh main..not worth it tiket harga tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 03:15 PM | Show all posts
Kalau time you pergi tu tiba2 hujan pulak or ride banyak tutup, you boleh redeem balik ticket dalam masa setahun.
Macam iols kena last month.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
nadiaaziz56 replied at 24-8-2022 03:15 PM
Kalau time you pergi tu tiba2 hujan pulak or ride banyak tutup, you boleh redeem balik ticket dalam  ...

Nak tanya kalau beli by group..boleh ke redeem ticket free tu by individual.i dpt free ticket tp beli ramai².so the leader yg tukang beli ckp if nak pergi yg free ni semua kena pergi sekali.if ade yg tak boleh pergi change dgn org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 04:00 PM | Show all posts
Wimoon replied at 25-8-2022 08:56 PM
Nak tanya kalau beli by group..boleh ke redeem ticket free tu by individual.i dpt free ticket tp b ...

Sorry lambat reply. I rasa kena redeem semua sekaligus semua.
Tapi better u call dulu tanya mana tahu kot2 boleh.
I pun tak redeem lagi ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2022 06:24 PM | Show all posts
nadiaaziz56 replied at 9-9-2022 04:00 PM
Sorry lambat reply. I rasa kena redeem semua sekaligus semua.
Tapi better u call dulu tanya mana t ...

teringin nak pergi tapi taknak drive sebab takuttt. kalau naik bus ok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 07:55 AM | Show all posts
serius soalan ni, nak tanya kalau gi genting kan ada boleh guna bas ka apa tak? sebab nak drive sendiri macam gayat sikit hahha. naik bas tu ok lah ada org drive.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2022 10:31 AM | Show all posts
agongbaba replied at 19-9-2022 06:24 PM
teringin nak pergi tapi taknak drive sebab takuttt. kalau naik bus ok ke?


Iols tak pernah naik bus g Genting.
Iols drive je hari tu sampai GPO, park kat sana, then naik cable car sampai atas.
Ok je takde gayat.

Tapi ramai je naik bus, should be ok la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 12:33 AM | Show all posts
agongbaba replied at 19-9-2022 06:24 PM
teringin nak pergi tapi taknak drive sebab takuttt. kalau naik bus ok ke?

better naik bas lah kalau trauma kang terundur balik time naik kereta..kalau rasa nk pergi terus cepat2 book tiket bas balik hari pun boleh..cuba book dekat redbus sbb i prnh kat situ ja..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 03:31 PM | Show all posts
yatty123 replied at 20-9-2022 07:55 AM
serius soalan ni, nak tanya kalau gi genting kan ada boleh guna bas ka apa tak? sebab nak drive send ...

boleh je memang ramai je orang naik bus. tapi sama je gayat bagi aku haha
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 01:11 AM | Show all posts
bonsari replied at 21-9-2022 03:31 PM
boleh je memang ramai je orang naik bus. tapi sama je gayat bagi aku haha

hahha selamat je lah, jgn pikir bukan2 ok je selamat smpai atas.. i pun pernah pg dah 3 kali genting cuma dgn beli online tiket from redbus ja..ni pun trip last minit tp ada ja tiket sbb dia ada large network bus operators..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 01:13 AM | Show all posts
fififiloke replied at 21-9-2022 12:33 AM
better naik bas lah kalau trauma kang terundur balik time naik kereta..kalau rasa nk pergi terus c ...

eh sama lah aku guna redbus sbb ada free utk ubah tarikh incase nak tukar. nak cancel pun ok gak sbb dorg refund balik. aku sllu balik kg naik bas smpai beli bas pass so untung sikit sbb ada diskaun kalau guna pass ni  utk lauan yg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 08:29 AM | Show all posts
chocolatedechat replied at 23-9-2022 01:13 AM
eh sama lah aku guna redbus sbb ada free utk ubah tarikh incase nak tukar. nak cancel pun ok gak s ...

haa kan..tu lah tak semua website lain offer, ni kira mcmuntg kalau nak beli awal tp tak thu kedepan tarikh tu kita available tak pergi, just booking awal incase penuh nanti
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 04:30 PM | Show all posts
fififiloke replied at 23-9-2022 01:11 AM
hahha selamat je lah, jgn pikir bukan2 ok je selamat smpai atas.. i pun pernah pg dah 3 kali genti ...

kalau beli tiket online harga sama ke dgn beli kt station?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 12:19 AM | Show all posts
chocolatedechat replied at 23-9-2022 01:13 AM
eh sama lah aku guna redbus sbb ada free utk ubah tarikh incase nak tukar. nak cancel pun ok gak s ...

bagusnya selalu aku beli kt stesen kalau dah ubah tarikh mmg burn jela melainkan ko lelong jual dekat orang lain...bazir je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2022 01:47 PM | Show all posts
For those taking their children, or going alone as women, please be careful. Now got a lot of Human Trafficking going on. Be safe everyone.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 01:42 PM | Show all posts
planning to go there soon.. dah masuk website dia..pening sikit nak memahamkan..hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
agongbaba replied at 24-9-2022 04:30 PM
kalau beli tiket online harga sama ke dgn beli kt station?

Beli online boleh dpt lagi murah. Kalau guna RedBus app tu paling murah bgi sy, sebab ada discount, byk promo code & dpt cash back lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.077092 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list