CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1822|Reply: 12

Naik Harga, Siapa Ada Perodua Rusa Dah Boleh Berangan Nak Jual 'Harga Yahudi'!

[Copy link]
Post time 25-3-2022 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Jika sebelum ini, Proton Arena dan satu lagi jenama Proton iaitu Juara menjadi bualan hangat peminat permotoran negara, kini tiba pula bagi Perusahaan Automobil Kedua (Perodua).


Mungkin ramai generasi 90-an pernah terserempak dan pernah merasai pemanduan jenama Perodua Rusa sebelum ini.




Gambar hiasan




Perodua Rusa merupakan kenderaan kedua yang dihasilkan oleh Perodua selepas penghasilan Kancil yang pernah menjadi fenomena sebelum ini.


Ketika ini, walaupun sudah lama menyepi, dikhabarkan harga bagi Perodua Rusa sudah semakin meningkat tinggi.


Keadaan ini berlaku dikatakan kerana ada peminat yang menjadikan kenderaan berbentuk van ini sebagai caravan disamping Rusa mudah diselenggara.


Bukan itu sahaja, pintu sisi jenis gelungsur yang dimiliki Rusa juga berada di kiri kanan kenderaan itu menjadikan ia sebagai van pilihan masa kini.


Jika sebelum ini harga kenderaan ini boleh dibeli dengan harga serendah RM2,500, namun ketika ini harga tersebut tidak lagi diketemui.


Tinjauan dibeberapa laman web jualan kenderaan membuktikan kenderaan ini telah memiliki harganya yang tersendiri.


Bagi keluaran tahun 1996, manual 1.6 cc, harganya kini melonjak ke RM10,000. Manakala bagi yang memiliki kondisi sepertu baharu harganya boleh mencecah RM20,000.


Jadi, bagi sesiapa yang masih memiliki khazanah negara ini bolehlah berangan-angan atau menjualnya dengan harga ‘Yahudi’ selepas ini.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2022 04:35 PM | Show all posts
Juara paling legend..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 04:42 PM | Show all posts
juara ngan rusa, baik amek juara...

rusa nie naik bukit sendu ya amat.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 04:46 PM | Show all posts
Kereta2 lama dah mula dapat pemintaan semula sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 04:47 PM | Show all posts
card_reader replied at 25-3-2022 04:42 PM
juara ngan rusa, baik amek juara...

rusa nie naik bukit sendu ya amat.....

1.6 ok...manual tarik blkg....

btw dulu2 aku buat drift je rusa nie
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanduk rusa tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2022 06:50 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 25-3-2022 04:46 PM
Kereta2 lama dah mula dapat pemintaan semula sekarang ni

dah jadi kit car. macam2 boleh buat diy je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 08:21 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 25-3-2022 08:46 AM
Kereta2 lama dah mula dapat pemintaan semula sekarang ni

dulu masa keluar orang tak pandang pun.
JUARA tu orang panggil kereta kotak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2022 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni proton tiara pulak naik rega..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 10:51 PM | Show all posts
jual lah berapa pun tak terliur langsung aku nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ntah..dulu org kutuk peti ais bergerak la apa la... jenama lain kuar yg petak ok plak..aku tgk lawa je juara tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa banyak sangat keluar gambar Pokemon kebelakangan ini?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 10:37 AM | Show all posts
gigahertz replied at 25-3-2022 08:21 PM
dulu masa keluar orang tak pandang pun.
JUARA tu orang panggil kereta kotak.

Betul tu dulu kontraktor kecil2an atau bro buat wiring je suka guna sebab senang nak angkut barang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.338038 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list