CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1831|Reply: 17

5 Beradik Lali Dimarah Orang Sekeliling Sebab Biar Bapa Usung Tangki Oksigen Merata

[Copy link]
Post time 25-3-2022 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Ragam seorang warga emas mengusung tangki oksigen menggunakan motosikal jenis skuter menyebabkan dia 'popular' di media sosial.


Namun, lelaki itu tidak kisah dengan pandangan dilemparkan sebaliknya terus melakukan aktiviti harian seperti biasa bersama tangki oksigen yang kini menjadi 'teman' rapatnya.




Kredit foto: TikTok




Difahamkan, Razali Said, 61, turut membawa teman seberat 15 hingga 20 kilogram itu pergi melepak walaupun terpaksa menariknya seperti bagasi.


Ketika dihubungi mStar, Siti Aisyah memberitahu, bapanya merupakan penghidap Pulmonary Edema iaitu paru-paru berair sejak Oktober 2021.


"Menurut doktor, penyakit itu disebabkan berat badan ayah yang berlebihan dan obesiti. Jadi, ayah akan sesak nafas.


"Lagipun, sejak bulan 10 dia mula mengadu sesak nafas dan sering demam. Masa tu, bila bawa ke klinik doktor suspek ayah dijangkiti wabak Covid-19 dan kemudian ayah terus dihantar ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan susulan.


"Selepas pemeriksaan, Alhamdulillah ayah negatif Covid-19 tapi muncul pula sakit lain.


"Doktor sarankan ayah mendapat rawatan selanjutnya di hospital swasta," luah wanita berusia 34 tahun itu sambil berseloroh menyatakan ayah tercinta adalah seorang yang degil.




Kredit foto: TikTok




Bercerita tentang kesukaran yang dialami ayahnya, anak keempat daripada lima beradik ini memberitahu, bacaan oksigen pernah jatuh sehingga bawah 80 peratus selain mudah letih dan sukar bernafas.


Malah, katanya, dia dan adik-beradik yang lain akan bergilir-gilir menjaga ayah kerana kesukaran untuk tidur malam.


"Ada satu hari tu, anak buah dia buat kenduri di Rawang Selangor. Kami dah pesan jangan pergi dan berehat saja di rumah... tapi macam biasa ayah seorang yang degil, jadi dia siap kemas baju untuk ke sana.


"agi dia keluar hospital, malam tu juga dia siap nak ke Rawang dan sampai di sana sekitar jam 9 malam. Jam 11 malam saya dapat panggilan yang ayah sesak nafas sekali lagi.


"Nasib baik masa tu saya dah hampir sampai ke Rawang, kemudian kami terus bawa ayah ke KPJ Rawang dan doktor minta ayah dihantar terus ke hospital besar untuk rawatan susulan. Tapi ayah tak mahu dan dia nak balik juga.


"Keesokan paginya ayah hubungi kesemua anak-anak dia dan suruh ambil dia keluar hospital. Mujur pihak hospital kata boleh tapi kena terus balik Melaka sebab tak boleh berlengah.


"Nak dijadikan cerita, semasa dalam perjalanan pulang... tiba-tiba ayah diserang sesak nafas sekali lagi sehingga oksigen dia turun ke paras 60 peratus dan setiba di Melaka terus masukkan ayah ke Hospital Oriental," jelasnya yang kini menetap di Tangga Batu Melaka.


Menurutnya yang mesra disapa Eca, keadaan ayahnya pada masa ini masih baik namun terpaksa bergantung dengan tangki oksigen selain perlu meneruskan rawatan susulan.







Dia juga mendedahkan bahawa ayahnya pernah ponteng jadual rawatan yang ditetapkan.


"Doktor sarankan kami beli tangki yang bersaiz kecil supaya mudah dibawa tapi bajet tidak mengizinkan. Oleh itu, mak akan selalu menemani ayah kerana terlalu risau tapi kadang-kadang mak pun ditinggalkan.


"Masa awal-awal ayah usung temannya itu, orang sekeliling sangat terkejut dan marah sebab dia dibiarkan bergerak sendiri... sedangkan masa tu kami tidak tahu apa-apa, yelah masing-masing sudah berkeluarga dan tinggal berasingan," jelasnya yang turut tertawa kecil.


Tambah Eca, sejak ayahnya berhadapan dengan masalah kesihatan, dia dan adik-beradik yang lain sangat sedih namun dalam masa sama berasa geram kerana mempunyai ayah yang degil dan tidak mahu mendengar cakap.







Luahnya, ayah lebih gemar menghabiskan masa di luar walaupun terpaksa membawa tangki oksigen yang berat malah pernah pergi ke hospital bersendirian untuk membuat pemeriksaan.


"Memang suruh ayah duduk rumah saja dan pesan dia kalau nak ke mana boleh bagitahu supaya anak-anak bawakan. Tapi apakan daya, dia lebih gemar bergerak dengan skuter dan tangki oksigen sahaja," katanya sambil memaklumkan kesemua adik-beradiknya tinggal dalam jarak 10 kilometer sahaja.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2022 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Org tua degil mcm ni suka bg anak2 malu tak pulak mati2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
hrpnya iols tua2 nanti tak la menjadi org tua yg susahkan hati anak2. degil
mak iols pun kategori degil tp takla seteruk pakcik neh. takmau nyer dia dok umah anak2 nak jugak dok umah sendiri sorg2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 03:11 PM | Show all posts
Eh...ok je mcm tu.  My mom's friend, org ostolia, bertahun dok angkut oxygen tank ke mana2.  Travel dtg malaysia visit kkwn lama pun bawak tank tu sekali.  She was carrying the oxygen tank with her for almost 25yrs! Tak ingat sakit apa tapi something to do with her lungs and cancer.  So pakcik ni angkut tank tu, ok je.  Hidup mcm org normal (kecuali kena angkut tank)
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 03:29 PM | Show all posts
krustykrab replied at 25-3-2022 06:44 AM
Org tua degil mcm ni suka bg anak2 malu tak pulak mati2.

Orang lelaki macam tu la.
lagi lagi bekas askar atau bekas polis atau bekas guru besar.
dia punya tabiat memerintah & Bagi arahan tu sampai la sakit
dia still dok nak memerintah & Mengeluarkan arahan.

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 04:27 PM | Show all posts
Jenis degil macam tu mana nak dengar nasihat anak2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2022 04:51 PM | Show all posts
ader tank 02 yg jenis bag...lg mudah...

btw dah folow tiktok eca
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang bawak cucu tu bahaya..
Kang kalau semput ke apa tiba2 naya,.
Da la toddler lg, mesti xtaw nak buat2 in case of emergency.. call ambulan ke apa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2022 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah org tua.. Dulu kt area umah aku, sebelum covid, ada sorg pakcik ni selalu naik wheel chair sebab nk pi minum kat gerai area depan umah.. Masalahnya  kt situ jalan besar.. Aku selalu risau takut orang terlanggar dia. Kadang2 adalah budak2 muda nmpk dia, tolong tolak wheelchair dia balik umah dia..

Sekarang dah x nmpk dah pakcik tu.. Tak tau lah ada lagi ke tak.  Kadang2 bila tgk org tua mcmtu, sebak pon ada, geram pon ada..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2022 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
"bapak sapa ni?!!"


Ya ampunnnn molot
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2022 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarg ni ade oxygen tank canggih.portable, harga 9k ????
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2022 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 25-3-2022 07:11 AM
Eh...ok je mcm tu.  My mom's friend, org ostolia, bertahun dok angkut oxygen tank ke mana2.  Travel  ...

I rase pun ok je mcm pakcik ni. Life must goes on. Tak kan nak dia terbaring duduk tgk tv kat rmh sepanjang hayat mcm org sakit tenat. Padahal boleh je buat xtvt mcm biasa. At least dia tau apa yg boleh atau tak dgn limitation dia skrg selepas dia experience dan explore sendiri. Patut ubah mentalilty masyarakat kita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2022 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat solat hajat la mintak cepat mati, hidup menyusahkan org saja dengan badan mcm babi tu, takdak benefit pon hidup lama2
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2022 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia bosan la tu dok rumah tpi memang bahaya takut pengsan tengah jalan and cara bawak cucu tu sangat la bahaya.
Tau orang melaka ada yg mulut puaka. Tpi serius ai terkejut dia cakap ayah dia cacat. Cacat otak. Tu bapak kau kot ,nak marah nak tegur pun tergamaknya ckp bapak camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2022 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 25-3-2022 03:11 PM
Eh...ok je mcm tu.  My mom's friend, org ostolia, bertahun dok angkut oxygen tank ke mana2.  Travel  ...

org malaysia tkde keje semua benda nak mengata. Tengok la rumah memasing yg mengata tu.. berlapok haruk. keje byk tapi mengata org lagi penting kekdahnya… Ni i cakap bukan mengata dorang2 dlm hati tau. ni i ckp yg rerajin sangat dok sebar2 merata alam. those yg mengata sorang2 dlm hati takde sebabkan isu jadi viral pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2022 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 26-3-2022 09:03 AM
Buat solat hajat la mintak cepat mati, hidup menyusahkan org saja dengan badan mcm babi tu, takdak b ...

Laaa....apa lah kau ckp mcm tu...
Dia bkn mnyusahkn kau pun....sikit pun tak usik kau....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2022 11:20 AM | Show all posts
sape2 yang pernah jaga orang2 tua uzur, memang faham camne kerenah diorang ni.
dapat yang degil, takde maunye dia nk dengar kata orang.
kena ada kesabaran yang tinggi..
apapun, bahagian masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 11:53 AM | Show all posts
takde masalah pun some people are happy their own way

masyarakat yg sakit sebenarnya. penyakit hati.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.055757 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list