Aktiviti riadah seorang wanita bersama rakan-rakannya bertukar tragedi selepas dia ditemui lemas ketika mandi di Air Terjun Gunung Ledang, Jalan Sagil-Jementah di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Nurul Syafiqa Mokhtar, 21, disahkan meninggal dunia sejurus ditemui pihak bomba sejam kemudian.
Anggota bomba mengangkat mayat Nurul Syafiqa yang ditemui mati lemas ketika mandi di Air Terjung Gunung Ledang, Tangkak, pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan I Hairulnizam Ridhuan berkata, hasil maklumat daripada saksi awam mengatakan mangsa dipercayai lemas ketika beriadah di kawasan air terjun berkenaan.
“Anggota bomba telah mendaki ke lokasi yang dilaporkan. Hasil pencarian menggunakan kaedah ‘surface searching’ menemui mangsa pada pukul 11.38 pagi.
“Pemeriksaan pegawai perubatan yang hadir mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan mayatnya dibawa turun ke kaki gunung untuk diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian, operasi tamat pada pukul 12.54 tengah hari.
Post time 25-3-2022 12:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kat air panas ni.....
Abah aku memang pantang klu kitorang nk gi sini....aku je yg tak pernah jejak, akak & abg² aku curi² pegi .....
Byk dah org mati kat sini, jatuh dari atas lah....lemas lah....adik kwn aku, dia dok jb, sementara nk tgu panggilan masuk U, dtg sini berkelah, mati lemas....semgu lepas tu dpt offer masuk U ....
Adik ipar dlu pnah pegi mndi mnda kt cni, blek dr mndi tu kerasukan.. lama gk ade bnde dlm bdan die. mula tu mak nye ingt die asik memberontak, smpai thp da maki2 n terjun kereta mse kne hntr g skolah, thu la ade bnde lain sbenarnya. bwk g berubat, bnyk sesi gk bru pulih.
Salam takziah kepada keluarga mangsa.. Al-fatihah dibaca kepada roh Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat & diletakkan bersama para solihin, amin..