CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Perlis] Hina Raja Perlis dan mufti, lelaki direman enam hari

[Copy link]
Post time 24-3-2022 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Kangar: Seorang lelaki direman enam hari sehingga 28 Mac depan bagi membantu siasatan berhubung perbuatan memuat naik hantaran berunsur penghinaan dan tidak beradab di laman sosial Facebook terhadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Perintah reman dikeluarkan terhadap suspek berusia 31 tahun yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan selepas dia dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar sekitar jam 3.45 petang ini.

Suspek sebelum itu ditahan sepasukan anggota polis pada jam 10 malam semalam di kediamannya di Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek itu.


SUSPEK (tengah dan berbaju kemeja T) dibawa ke Mahkamah Kangar untuk direman sambil diiringi anggota polis bertugas. FOTO Aizat Sharif

"Kita turut merampas sebuah telefon bimbit Oppo A9 bersama dua sim kad.

"Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Semalam, bekas EXCO Perlis, Datuk Ahmad Bakri Ali membuat laporan polis berhubung tindakan suspek yang menggunakan nama 'Basri Shah' memuat naik hantaran berunsur penghinaan dan tidak beradab menerusi laman Facebook terhadap Tuanku Syed Sirajuddin dan Mohd Asri.

Menurutnya, tindakan lelaki berkenaan dilihat sengaja mahu memperlekehkan, menjatuhkan maruah serta memalukan terhadap Raja Perlis dan Jabatan Mufti Negeri Perlis

Ahmad Bakri dan Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Negeri Perlis membuat laporan itu pada jam 3.17 petang di Balai Polis Kangar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.091321 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list