CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2372|Reply: 19

"Jangan Jadikan Kubur Mami Content TikTok" - Anak Pengasas Dnars Beri Amaran Kepada Rakan Baik Arwah Ibu

  [Copy link]
Post time 24-3-2022 12:14 PM | Show all posts |Read mode


Kurang dua minggu saja lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut bulan Ramadan. Tahun ini adalah tahun ketiga pemergian usahawan kosmetik Allahyarham Faziani Rohban Ahmad yang meninggal dunia pada selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.



Anak kepada pengasas produk jenama Dnars iaitu Irdina Hakim Jasman baru-baru ini menzahirkan kekesalannya atas tindakan salah seorang rakan baik arwah ibunya yang menjadikan pusara arwah sebagai 'content' di media sosial.



Menerusi beberapa siri hantaran di IG Story, gadis berusia 19 tahun itu berharap agar individu yang dimaksudkan dapat menghormati keluarganya. Rasa rindu bukanlah alasan yang kuat untuk seseorang itu melakukan tindakan seterusnya.



  



"Jangan gunakan kubur mami saya sebagai content TikTok. Tiga tahun pemergian arwah, baru beberapa kali ambil berat tentang keluarga dan anak dia. Tak perlu hipokrit sangat. Kawan betul takkan makan kawan. Kawan betul akan sentiasa ada untuk keluarga kawan sebagai menghargai.



"Kalau ada yang ulas bab rindu, kerinduan darah daging ini lagi sakit sebab itu darah daging punya rindu sampai tak boleh terima sesiapa sahaja yang mengkhianati arwah. Bukan depan keluarga arwah salam takziah tetapi belakang keluarga minum kopi dengan pengkhianat arwah.



"Saya rindukan arwah sehingga depresi tapi tak pernah sekali pun saya pergi kubur dan letak lagu 'Kemarin Engkau Masih Ada Di Sini'. Awak boleh buat content TikTok dengan founder yang berduit tapi bukan dengan founder yang sudah arwah. Saya menghormati semua orang tetapi tak boleh apabila mami dijadikan bahan content," katanya.



Walaupun dikuasai dengan rasa tidak puas hati, Irdina bagaimanapun sempat menitipkan ucapan agar individu berkenaan selamat dan mendapat umrah mabrur.



  



Terdahulu, Allahyarham Faziani meninggal dunia pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan jalan raya di Pattani ketika sedang dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi menyampaikan sumbangan.



Usahawan berkenaan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala suaminya hanya mengalami kecederaan. -CARI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2022 12:45 PM | Show all posts
ok 1st. tp dia maksdkan sapa kah? iols founder melayu ni ramai sgt, sampai tak tercatch up.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 02:03 PM | Show all posts
ini ke ritu x bagi pak tiri menikah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekadar mencelah. Iols sebagai geng pra-makcik pun mmg selalu dapat gambar orang mati beserta mesej “doakan untuk si fulan sekian sekian”. Tak payah la tunjuk muka mayat. Hormat sikit. Cukup sekadar notify si fulan dah meninggal. No… tak payah nak tunjuk gambar mayat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 06:01 PM | Show all posts
Baguslah dia awal2 dah bagi amaran macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 24-3-2022 02:03 PM
ini ke ritu x bagi pak tiri menikah?

Aah kan..tapi now dah kawen kan? Dah ada anak pun kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2022 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
pxlbb replied at 24-3-2022 03:33 PM
Sekadar mencelah. Iols sebagai geng pra-makcik pun mmg selalu dapat gambar orang mati beserta mesej  ...

Haaa...baru ni pun aku terkejut tgk seorg warga emas ye, ambik gambar mayat, iaitu warga taman kitaorg, share kat ws sambil caption sedih2. Terkejut aku tau, sbb sbg seorg warga emas n selalu gi surau,  perlakuan sheol tu mcm org tak de akal.
Mentang2 lah arwah tu takde laki, anak2 pun duk jauh, disharenya gambo mayat yg dh siap dikapan kt ws.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa citer pak tiri dia eh.. kan ada soksek2 kata pak tiri mcm rancang kematian mak dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2022 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Umur 19 tapi dah macam baya2 aku je
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mamidingdong replied at 24-3-2022 10:02 PM
Apa citer pak tiri dia eh.. kan ada soksek2 kata pak tiri mcm rancang kematian mak dia

Menarik ni.....

Cer cite.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Mamidingdong at 25-3-2022 01:09 AM
jazaa100 replied at 25-3-2022 12:41 AM
Menarik ni.....

Cer cite.....


Taktau.. pernah baca kat benang lama2 gaduh dgn pak tiri kan sampai ugut2 bagai. Anyway muka dia copy paste arwah mak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Gomea replied at 25-3-2022 12:21 AM
Umur 19 tapi dah macam baya2 aku je

Baru 19??? Dah mcm 35thn
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 07:51 AM | Show all posts
Sikit2 nak menyindir di media sosial.  Pergi je la bagitau org yg terlibat, org lain tak perlu tau pun.
Saja nak heboh.
Rumput atas kubur tu trim bagi elok kemas...serabut nampak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 08:10 AM | Show all posts
hujung2 gigih justify kenapa tak pakai mask.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 09:52 AM | Show all posts
Gomea replied at 25-3-2022 12:21 AM
Umur 19 tapi dah macam baya2 aku je

bbnu skang kang mmg nmpk tua dr usia
tah kenapa
umur below 25 tp muka n gaya tua yakmat
baik laki n pompn
sama je
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 10:21 AM | Show all posts
Sayoko replied at 24-3-2022 06:10 PM
Aah kan..tapi now dah kawen kan? Dah ada anak pun kan.

oh ya ka? pak tiri ka dia kata pengkhianat tu? ke org lain?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2022 10:22 AM | Show all posts

mcm acik2 je dah kan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninnakarinna at 17-6-2022 12:10 AM

https://www.sinarharian.com.my/article/183987/BERITA/Semasa/Anak-pengasas-Dnars-dilepas-tanpa-bebas-kes-ugut-bapa-tiri

Anak pengasas Dnars dilepas tanpa bebas kes ugut bapa tiri

20 Jan 2022
KUALA LUMPUR - Anak lelaki pengasas kosmetik Dnars dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan menghantar ugutan mahu menyebabkan kematian terhadap bapa tirinya dua tahun lalu.

Majistret S Mageswary memutuskan demikian selepas pendakwaan memaklumkan bahawa pengadu dan mangsa tidak hadir ke mahkamah untuk memberi penjelasan berhubung hasrat mereka untuk tidak mahu meneruskan kes terhadap Mohd Aqbar Hakim Jasman, 22.

Mohd Aqbar, mahkamah melepas tanpa membebaskan kamu dengan mengambil kira pengadu, walaupun telah diserahkan sepina, namun pengadu gagal hadir tanpa alasan kukuh.

“Maka mahkamah DNAA kes kamu terlebih dahulu. Selepas ini terpulang kepada pihak pendakwaan sama ada mahu menuduh semula atau tidak, jadi keputusannya, kes ini di DNAA, wang jaminan dikembalikan kepada tertuduh,” katanya.

Semasa prosiding yang dijadualkan untuk sebutan kes, Timbalan Pendakwa Raya, Najihah Farhana Che Awang berkata, pihaknya mendapati mangsa iaitu bapa tiri tertuduh dan isterinya selaku pengadu tidak hadir di mahkamah.

Beliau berkata, pegawai penyiasat juga mengesahkan kedua-dua pihak itu telah dimaklumkan mengenai tarikh prosiding.

Sepina telah dikeluarkan menggunakan kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp dan ia diterima oleh pengadu iaitu saksi-saksi bagi kes ini.

Bagaimanapun, tiada alasan diberikan atas ketidak hadiran mereka, katanya menjawab soalan Majistret berhubung serahan sepina kepada pengadu tersebut.

Justeru itu, beliau memohon kepada mahkamah untuk menetapkan tarikh perbicaraan dengan kehadiran pengadu dan tertuduh supaya ia dapat diselesaikan melalui perbicaraan penuh.

Sebelum ini beliau berkata, perbicaraan kes sepatutnya bermula Disember lalu, namun tertuduh ketika itu berada di luar negara dan tidak hadir pada prosiding yang ditetapkan.

Sementara itu, peguam, Izzat Nordin mohon untuk direkodkan bahawa pihaknya sudah bersedia untuk meneruskan prosiding yang ditetapkan pada Khamis.

Katanya, berdasarkan perkembangan baharu, pengadu telah menarik balik FRI, yang dibuat dan tidak berniat untuk meneruskan kes.

Saya percaya jika pengadu hadir hari ini, tujuannya untuk memberi penjelasan kenapa beliau mahu bertindak sedemikian.

Kini, terpulang kepada pihak pendakwaan sama ada mahu meneruskan kes atau tidak, katanya.

Beliau berkata, kes ini kali pertama disebut adalah pada 23 Jun 2020 dan pihaknya telah menghantar representasi supaya menggugur kes.

Katanya, ia tidak lebih kepada perselisihan faham dalam keluarga, namun malangnya selepas dua tahun turun naik mahkamah, membazirkan masa, wang dan tenaga terutamanya kepada pihak mahkamah, pengadu secara tiba-tiba mahu menarik balik kes.

Selepas dua tahun beliau berkata, pengadu yang kononnya menjadi mangsa tetapi akhirnya menarik balik kes sedang tarikh perbicaraan telah ditetapkan.

Bagi kes ini kami mahukan penjelasan bersumpah daripada mereka kenapa mahu menarik balik kes, katanya.

Mohd Aqbar yang juga anak sulung kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban didakwa menakutkan Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 45, dengan ugutan hendak menyebabkan kematian melalui pesanan ringkas aplikasi WhatsApp.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pusat beli belah Pavilion, Jalan Bukit Bintang di sini jam 8.45 malam pada 15 Jun 2020 dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Keluarga mahu polis siasat semula kematian pengasas Dnars

16 Jun 2022

HAZELEN LIANA KAMARUDIN
KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Ahli keluarga kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare tampil membuat laporan polis pada Khamis bagi menuntut siasatan lebih lanjut dilakukan berhubung kematian Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand pada 18 Mei 2019.

Ahli keluarga Allahyarhamah Faziani berkata, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Tumpat pada jam 1 petang selepas mengesyaki ada unsur lain berkait dengan kematian Allahyarham.

“Selepas kematian Allahyarhamah sejak tiga tahun lalu, kami telah melantik peguam untuk mendapatkan maklumat.

Hasil dapatan daripada pihak peguam, kami mendapati kematian Allahyarham diragui. Kami mengesyaki kematian Allahyarhamah bukan disebabkan kemalangan semata-mata sebaliknya ada unsur lain, katanya kepada pemberita.

Menurutnya, sejurus laporan dibuat pihaknya telah memberi keterangan kepada polis pada Khamis.

Beliau berkata, ahli keluarga berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat keluarga Allahyarhamah.

Beliau berkata, kes tersebut akan dirujuk ke Bahagian Perundangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan terlebih dahulu.

Hal ini kerana kes berkenaan berlaku di Thailand, katanya.

Sinar Harian pada 18 Mei 2019 melaporkan, Faziani meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
ninnakarinna replied at 17-6-2022 12:13 AM
Keluarga mahu polis siasat semula kematian pengasas Dnars

16 Jun 2022

Nampak berita ni lalu lalang kt fb smlm, ada yg komen, dr tiktok adik arwah bgtau antara kecederaan kat jenazah kakak dia yg aku ingat rahang patah, gigi hancur, ada lubang kat belakang kepala yg dipenuhi kaca. + muka kena jahit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.326938 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list