CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 981|Reply: 12

TV Alhijrah Tak Pilih Bulu, Sesiapa Pun Layak Jadi Tetamu Macam Kak Long 7E

[Copy link]
Post time 24-3-2022 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Selepas kontroversi menjemput wanita yang dikenali sebagai Kak Long 7E menjadi tetamu rancangan Trending, ada netizen mengkritik tindakan stesen TV AlHijrah yang dilihat hanya mengundang individu kontroversi dalam program mereka.


Tampil menjawab persoalan itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah iaitu Namanzee Harris berkata stesen berkenaan terbuka mengundang sesiapa sahaja personaliti yang bersesuaian untuk menjadi tetamu program berkenaan.








"Kita melihat isu Kak Long sebelum ini sebagai proses kematangan dalam penerbitan program kami dan kita akan lebih berhati-hati di masa akan datang.


"Kita memang tak pernah memilih bulu menjemput sesiapa, ramai personaliti media sosial dan influencer yang dah diundang sebelum ini, cuma ada antara mereka yang belum sampai masanya dan belum ada program yang sesuai.


"Kita sentiasa beri ruang kepada semua, kalau mereka ada cerita perjalanan penghijrahan dan mahu berkongsi kisah dakwah mereka kita terbuka untuk menjemput," katanya kepada mStar.


Namanzee ditemui semasa majlis pelancaran kempen Ramadan Syawal 1443H dan aplikasi terbaharu TV AlHijrah yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada Rabu.


Sebelum ini, stesen TV AlHijrah dikecam netizen kerana menjemput Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura Bharudin, 33, sebagai tetamu program berkenaan.


Bagaimanapun tidak lama kemudian, pihak stesen TV berkenaan tampil dengan kenyataan rasmi menjelaskan isi kandungan program tersebut dan menafikan dakwaan mengangkat Kak Long sebagai seorang ikon.


Kontroversi berkenaan turut menarik perhatian seorang jutawan internet yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Irfan Khairi.


Teguran jutawan berusia 45 tahun itu terhadap TV AlHijrah disampaikan dalam nada humor namun mempunyai maksud yang mendalam.


Rata-rata netizen bersetuju dengan 'teguran' yang disampaikan Irfan malah mereka berpandangan adalah lebih bermanfaat sekiranya menjemput individu yang berjaya sebagai tetamu program.


Meskipun dikecam teruk, Namanzee berkata AlHijrah sentiasa berlapang dada dan terbuka menerima pandangan orang ramai mengenai program terbitan mereka.


"Kita sentiasa terbuka dengan maklum balas orang ramai. Program Trending tidak diharamkan atau ditangguhkan. Episod membabitkan individu itu sahaja kita put on hold. InsyaAllah kalau waktu dah sesuai kita nilaikan semula keperluan menyiarkan episod berkenaan.


"rogram Trending akan diteruskan dengan pengisian berbeza. Rancangan ini berbeza dengan program televisyen lain kerana kita mengangkat isu tular dan bagaimana seorang Muslim sepatutnya berinteraksi terhadap isu tular.


"Sebelum ini pun kita sudah mengangkat unsung heroes cuma tidak tular seperti petugas barisan hadapan, pegawai bomba dan ramai lagi. Kami berlapang dada. Apa yang disebarkan di media sosial secara tak baik itu kita ambil pengajaran," ujarnya.


Trending turut menampilkan penceramah iaitu Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki serta Pencetus Ummah (PU) Amin yang bertindak sebagai pengacara. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2022 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
saiya mau..bila bule saiya masuk tibi? -rimau panjang@'selamat malam rohingya'
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
lps kak long sila jemput long tiger plop

RiP
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 11:51 AM | Show all posts
Niat x menghalalkan cara
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 02:27 PM | Show all posts
Episod membabitkan individu itu sahaja kita put on hold. InsyaAllah kalau waktu dah sesuai kita nilaikan semula keperluan menyiarkan episod berkenaan.


woi, tak serik lagi ke?
kalau kami ulang suara cakap bodoh, tau pulak masing-masing marah
tak payah la siarkan episode perempuan tak bermoral tu

kalau proceed, memang Tv Al-Hijrah layak di boikot
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 03:13 PM | Show all posts
nape x pgl usetat masa dia tgh viral pasal video porn dia tu.. trending kn tu.. x pilih bulu kn.. ko interview la kn..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2022 04:56 PM | Show all posts
zmn sekarang nak popular kena tunjuk bodoh dulu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tentu ceo pertama tv alhijrah yg meninggal sbb kanser dulu sedih tgk hala tuju stesen tv ni.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2022 05:09 PM | Show all posts
Jatuh standard buat macam tu bukan senang nak ubah pandangan umum
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 05:12 PM | Show all posts
jemput ler pakcik yang kantoi cium bra sambil tumbuk sambal tu...yihhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 12:10 AM | Show all posts
eh noreen nama ko tu dah la tak sedap bunyi chimpanzee noreenzee bagai at least jangan nak noreen sangat tu perangai yachhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan bersikap terbulu-bulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada can lah will smith dijemput tv alhijrah untuk jadi tetamu program ni nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.558818 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list