CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 374|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan sumbang 30 bot untuk PDRM Sabah

[Copy link]
Post time 23-3-2022 09:26 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyumbang sebanyak 30 bot dan enjin bernilai RM360,000 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Sabah untuk aktiviti menyelamat semasa bencana banjir dan juga keselamatan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kesemua bot berkenaan diagihkan ke 10 daerah yang sering dilanda banjir termasuk Beaufort, Tenom, Sipitang, Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Penampang, dan Kota Belud.

"Kita berharap dengan sumbangan yang kecil seumpama ini, ia dapat membantu meringankan sedikit beban pasukan keselamatan kita iaitu PDRM dalam memantau dan membantu menyelamat semasa berlaku banjir," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bot dan enjin kepada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah di perkarangan Menara Kinabalu di sini hari ini.

Hajiji turut menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kepada waris lapan anggota PDRM yang terkorban dan 12 orang lagi yang mengalami kecederaan dalam Peristiwa Tanduo Lahad Datu bernilai RM60,000 dan RM50,000 untuk Tabung Khas Polis sempena Perayaan Hari Polis yang ke-215.

Sumbangan melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SESB itu berjumlah RM110,000 yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SESB Mohd Yaakob Jaafar kepada Idris.

Pada majlis itu, Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menyerahkan bendera negeri Sabah dan sumbangan kepada anak jati Sabah Adelinah Lintanga dari Kota Belud yang akan membawa bendera Sabah menawan Gunung Everest menerusi program pendakian 'Everest Expedition 2022, Journey To The Top by Sabahan'.

"Kita bangga dengan usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh Adelinah dan pendaki lain untuk menawan gunung tertinggi di dunia. Saya yakin beliau akan berjaya mengibarkan bendera Sabah di puncak Gunung Everest.

"Saya mendoakan mereka berjaya dan dipermudahkan segala urusan mereka," katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr. Joachim Gunsalam; Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong; dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Datuk Ag. Shahminan Ag. Sahari.

oleh
Siti Aisyah Narudin
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.153195 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list