CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Kedah] Kedah akur jika kerajaan Persekutuan tidak lulus eksport daun ketum

[Copy link]
Post time 23-3-2022 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Kerajaan negeri akur dengan keputusan kerajaan Persekutuan sekiranya cadangan untuk mengeksport daun ketum ke Thailand tidak diluluskan.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya bagaimanapun akan membentangkan kertas cadangan kepada kerajaan Persekutuan terlebih dahulu selepas mengadakan sesi libat urus dengan agensi penguat kuasa serta pekebun dan penanam ketum.

"Kita akan adakan sesi libat urus dengan agensi penguatkuasaan dengan pekebun atau penanam, jika ada orang seludup sekali kalau mereka sanggup bagi cadangan apa salahnya untuk kita kemukakan kepada kerajaan Persekutuan.

"Kita baru di peringkat cadangan, sekiranya cadangan ini tidak dapat dipertimbangkan kita akur, kita hadapi suasana yang berlaku (penyeludupan) di lapangan pada waktu ini.

"Sekiranya ada kelulusan baru yang hendak digubal maka kita tunggu sehingga satu keputusan dapat dimuktamadkan," katanya pada sidang media selepas tamat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi, berkata terdapat kebaikan sekiranya kerajaan membenarkan aktiviti eksport daun ketum segar daripada terus berlaku penyeludupan tumbuhan itu selain disalah guna oleh masyarakat.

Katanya, kerajaan Persekutuan sepatutnya memberi perhatian kepada penyalahgunaan bahan itu kerana daun ketum itu sendiri tidak berdosa.

"Yang berdosa salah guna daun ketum seperti orang salah guna senjata, di dunia ini ada aktiviti eksport import bom dan senjata yang digunakan atas alasan pertahanan, tapi ada yang salah guna seperti Israel beli senjata dari Amerika Syarikat, mereka guna untuk tembak penduduk Palestin, itu adalah salah.

"Sebenarnya tak perlu dibandingkan dengan bom dan senjata berat lain, memadai dengan pistol, kita ini cuma mahu eksport daun ketum saja untuk tujuan perubatan," jelas beliau.

Ketika ditanya adakah kerajaan negeri mempunyai jaminan tiada penyalahgunaan daun ketum sekiranya

aktiviti eksport ketum dibenarkan kelak, Muhammad Sanusi, berkata tiada siapa yang boleh memberi jaminan mengenai keadaan itu berikutan ia sudah berlaku sejak puluhan tahun lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.092937 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list