CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Kedah] Sawah jadi rumah, pengeluaran padi MADA makin merosot

[Copy link]
Post time 23-3-2022 03:39 PM | Show all posts |Read mode

Pengeluaran hasil padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah dianggarkan berkurangan 28,307 tan setahun iaitu RM44.16 juta berikutan kawasan sawah diubah syarat kepada perumahan dan pembangunan domestik sejak 2010 hingga 2021. - Foto hiasan NSTP

ALOR SETAR: Pengeluaran hasil padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah dianggarkan berkurangan sebanyak 28,307 tan setahun iaitu RM44.16 juta berikutan kawasan sawah diubah syarat kepada perumahan dan pembangunan domestik sejak 2010 hingga 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Makanan, Perusahaan Perladangan Komoditi dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, Azman Nasrudin, berkata sebanyak 2,830.73 hektar sawah di Kedah telah diubah syarat kepada perumahan dan pembangunan domestik dalam tempoh 11 tahun itu.

Katanya jumlah keluasan ini adalah berdasarkan permohonan ubah syarat yang diterima MADA.

"Tiada perwartaaan atau penggantian tanah sawah yang baharu dalam tempoh itu, pengurangan hasil itu adalah secara purata lima tan sehektar bagi dua musim penanaman padi.

"Bagaimanapun pewartaan kawasan pinggir MADA sebagai sebahagian kawasan Muda dilaksanakan pada 6 April 2009 membabitkan keluasan 2,730 hektar kawasan penanaman padi.

"Kawasan pinggir yang diwartakan ini adalah terdiri daripada 11 skim pengairan iaitu daerah Kubang Pasu sebanyak tiga skim, Pokok Sena sebanyak enam skim dan masing-masing satu skim di daerah Pendang dan Yan," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohamad Yusoff Zakaria (Kuala Nerang-PAS) mengenai keluasan tanah sawah yang ditukar kepada perumahan dan pengurangan hasil padi akibat pertukaran tanah dari tahun 2010 hingga 2021.

Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, berkata secara umumnya proses pembangunan tidak dapat dielakkan kerana ia menjadi tuntutan kepada pembangunan ekonomi dan sosial negeri untuk kepentingan rakyat.

Katanya, usaha berterusan dilaksanakan oleh pihak MADA untuk meningkatkan hasil padi bagi memastikan keperluan makanan negara terpelihara termasuk program peningkatan hasil khususnya di kawasan pinggir MADA yang diwartakan.

"Antara langkah kawalan yang sudah dilaksanakan adalah MADA mengesyorkan untuk pembangunan dilaksanakan di kawasan yang berada di luar zon pertanian selari dengan penetapan kawasan Muda yang diwartakan sebagai kawasan penanaman padi dua kali setahun, bagaimanapun pihak MADA tidak mempunyai kawalan bagi pembinaan rumah secara persendirian oleh tuan tanah.

"Pihak MADA turut terbabit sebagai antara agensi membekalkan input serta kajian kes kepada Kajian Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara yang dilaksanakan oleh PLANMalaysia. Input berhubung pemeliharaan tanah sawah telah dikemukakan kepada pelaksana kajian untuk dibuat pengesyoran sewajarnya," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.079183 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list