View: 3372|Reply: 38
|
Rogol Anak 8 Tahun Sampai Mati Bahana Ketagih Filem Lucah
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki di Indonesia ditahan selepas dipercayai merogol anak perempuannya berusia 8 tahun hingga mati pada 18 Mac lalu di Semarang, Jawa Tengah.
Menurut laporan TribunNews, suspek, Widiyanto, 41, ditahan polis selepas didapati wujud kecederaan pada kemaluan dan dubur mangsa.
 Kredit foto: TribunNews
Suspek turut mengaku melakukan perbuatan itu akibat tidak dapat menahan nafsu setelah sering menonton video lucah, lapor Kumparan News.
Menurut polis, ketika kejadian, mangsa yang tinggal bersama ibu kandung diminta untuk pergi ke rumah suspek yang juga bapa kandungnya di daerah Tlogosari, Pedurungan.
Difahamkan, suspek dan ibu mangsa sudah bercerai lima tahun lalu, namun mangsa dan suspek kerap bertemu.
"Suspek merupakan bapa kandung mangsa. Yang melaporkan kejadian ialah ibu kandung mangsa atau bekas isteri suspek," kata polis.
Ketika berada di rumah suspek, mangsa yang ketika itu tidak sihat diberikan ubat lalu tertidur.
Saat mangsa terbaring di sisinya, suspek mula melakukan tindakan tidak sewajarnya kepada anak kandungnya itu.
Difahamkan mangsa yang tidak bermaya cuba menolak namun tidak mampu melawan. Akibat tindakan suspek, mangsa dilapor mengalami sawan.
Melihat keadaan mangsa, suspek bergegas membawa anaknya ke sebuah klinik sebelum dirujuk ke hospital.
Namun, menurut polis mangsa ketika itu telah pun meninggal dunia dan mayatnya kemudian dikebumikan pada Sabtu, 19 Mac lalu.
 Kredit foto: TribunNews
Ibu mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis susulan keterangan terdapat luka di bahagian kemaluan dan dubur mangsa.
Bertindak daripada laporan itu, polis memutuskan untuk membongkar semula dan mengautopsi mayat mangsa pada hari sama.
"Dalam surat keterangan doktor, ada kematian kurang wajar dengan tanda kekerasan di kemaluan dan dubur.
"Dari situ, kita buat laporan polis, sementara keadaan mangsa sudah dimaklumkan," kata polis.
Bapa kandung mangsa ditahan selepas polis mendapati ada bukti bahawa kematian kanak-kanak itu diakibatkan oleh kekerasan seksual.
Suspek mengakui segala perbuatan kejinya. Malah, menurutnya, dia sudah tiga kali memperkosa mangsa kerana ketagihan menonton filem lucah.
"Terpengaruh video lucah. Sudah tiga kali (memperkosa korban).
" ertama dua minggu lalu, seminggu, selepas kejadian. Ya, ada pemaksaan, mangsa menolak, saya paksa," kata suspek.
Suspek akan dituduh di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak yang boleh membawa hukuman penjara 15 tahun.
Polis juga tidak menolak kemungkinan suspek bakal dikenakan hukuman tambahan.
Sumber: AWANI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
teruk benor bangsa indon ni |
|
|
|
|
|
|
|
Apa celaka sangat ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Friska….. what say yous?
Kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
kok indon nya ngak BERPERIKEMANUSIAAN@Friska... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus tunjuk muka terus depan2 mcm ni. Sial punya bapak. Ank tu kalau hidup pon, hidup kacau bilau huru hara silap2 ketagih sex sbb bapa buat mcm tu. X geli ke rogol ank sendiri & budak kecik tu!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
apa noreen sangat perangai ko ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mojarean_X at 23-3-2022 01:37 PM
Bkn Indon ada akta anti pornografi ke? Mcm x de kesan je. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Pornography_Law_(Indonesia) |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan ketagih dadah sekali
Rupa2nya masih waras
Nauzubillahi min Zalik
Sampai hati ek tengok anak sakit pun nak Toron jugak.jahat nak mampus |
|
|
|
|
|
|
|
Astghafirullah.....jauhilah keluarga aku dan keturunan-keturunan aku dari perbuatan keji lagi jijik dan tidak berperikemanusiaan ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harus dihukum seberatnya tak layak untuk jadi bapa |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak berbeza budayanya ya. Suasana pengkebumian juga berbeza. Yang berseluar pendek pun ada. Nampak lebih santai. |
|
|
|
|
|
|
|
Ee babi laa..tak payah nak bicara sgt..gantung dia buat jadi santapan boya. Manusia laknat |
|
|
|
|
|
|
|
YaAllah 8 tahun apa dia tau… tak layak panggil bapak, syaiton..! dah kena infection from yg previous tu yg dia x sehat agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bangsat nya kau jantan sial...15 tahun???seumur hidup la..biar mampos loh dlm penjara...gila la..kt indon klu kes rogol mmg seram2 ye |
|
|
|
|
|
|
|
CELAKA PUNYA MANUSIA!! ANAK KANDUNG KAU BODOH!! SAMPAI MATI KO ROGOL BUDAK KECIK TU! 3 KALI?! 3 KALI?!! 3 KALI! SIAL SIAL SIAL PUNYA SETAN! |
|
|
|
|
|
|
|
3chanceno replied at 23-3-2022 01:51 PM
Kesian budak nie, yang dia kena rogol pertama kali tu, tak rasa sakit ke atau ngadu dgn ibunya:d ...
Kat indon mmg telus ye reporter2 dan pengamal media nya...puas baca berita sebab xde tertinggal detail..bkn mcm kt malaysia ni...nk sorok2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|