CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

[Kedah] Daun ketum tidak boleh dikomersialkan, dieksport ketika ini

[Copy link]
Post time 23-3-2022 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Cadangan agar daun ketum dikomersialkan selain dieksport untuk tujuan perubatan boleh dilaksanakan, tetapi hanya selepas peruntukan undang-undang diperketatkan dan diwujudkan jawatankuasa bagi mengawal tanaman itu.

Datuk Dr Ismail Salleh (PH-Pengkalan Kundor) berkata, dalam keadaan sekarang, yang mana tanaman itu ditanam secara berleluasa khususnya di Kedah dengan peruntukan undang-undang sedia ada yang disifatkannya sebagai 'longgar', perkara itu tidak boleh dilaksanakan.

"Jadi saya rasa, cadangan Menteri Besar (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) untuk mengkomersial ketum ini, saya rasa boleh, tetapi bermula dengan ketatkan akta, tebang semua (pokok ketum) dahulu dan (wujudkan) jawatankuasa di bawah Kementerian Kesihatan, sebagaimana dengan cadangan nak buat ladang 'hemp' dulu.

"(Jadi) KKM boleh melantik orang tertentu untuk preskrib, lantik agensi tertentu untuk menguruskan (ladang)… dan ladang itu dikawal ketat tiada siapa boleh masuk, (dipasang) dengan pagar elektrik. Jadi inilah (tindakan) yang boleh kita ambil untuk buat bahan perubatan, untuk ekstrak bahan dalam daun ketum," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, peruntukan undang-undang iaitu Akta Racun 1952 yang mengawal selia ketum perlu dipinda, dengan memasukkan hukuman yang lebih berat terhadap aktiviti penyalahgunaan daun ketum dan penagihan.

"Akhir-akhir ini kita lihat apabila morfin semakin susah (didapati), heroin semakin susah (didapati) dan harganya semakin mahal, dadah sintetik juga semakin mahal, maka penagihan yang semakin membesar adalah penagihan daun ketum, sangat berleluasa yang turut berlaku dalam kalangan pelajar," katanya.

Ismail turut berkata, sekiranya daun ketum dibenarkan dieksport pada masa ini, ia akan menyebabkan petani yang mengusahakan pelbagai tanaman lain termasuk padi akan beralih kepada ketum bagi meraih keuntungan lebih tinggi.

"Akta Racun 1952 itu perlu dipinda, akta itu perlu diperketatkan dahulu, kemaskan dahulu akta, selepas itu lakukan kawalan (untuk penggunaan ketum), sebagaimana KMM kawal siapa yang boleh guna morphine untuk tujuan perubatan iaitu pengamal perubatan," katanya.

Pada 16 Mac lalu, Muhammad Sanusi mencadangkan Kerajaan Persekutuan membenarkan Kedah mengeksport daun ketum untuk tujuan perubatan ke luar negara, khususnya Thailand.

Bagaimanapun sehari kemudian Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Kementerian Dalam Negeri, tidak akan membenarkannya kerana bertentangan dengan Akta Racun 1952 yang dikuatkuasakan di negara ini.

Persidangan DUN Kedah bersambung esok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.400344 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list