CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Kedah] KPLB sumbang bot penambang Pulau Tuba

[Copy link]
Post time 22-3-2022 03:56 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid (kiri sekali) memotong riben sebagai gimik merasmikan perkhidmatan bot penambang BesTUBA di Jeti Pelancongan di Pekan Rabu, Langkawi. STR/HAMZAH OSMAN

LANGKAWI: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyumbang dua bot penambang baharu bernilai RM671,000 bagi kegunaan penduduk Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting, dekat sini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata perkhidmatan bot bagi kegunaan awam itu dikendalikan sepenuhnya Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba Dan Selat Berhad (KOPTUBAS) bermula pertengahan tahun lalu.

"Kerajaan amat memahami kepayahan dan kekangan yang dialami penduduk di dua pulau ini sejak sekian lama.

"Jadi, kita berusaha mencari jalan penyelesaian menerusi inisiatif perkhidmatan bot penambang untuk kegunaan penduduk berulang-alik ke Langkawi," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mahdzir berkata, perbelanjaan perolehan dua bot itu dibuat melalui peruntukan di bawah Program Desa Lestari KPLB.

"Perkhidmatan bot penambang yang diberi nama BesTUBA itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 5,000 penduduk di dua pulau berkenaan.

"Setiap bot mampu memuatkan sehingga 30 penumpang pada satu-satu masa dan beroperasi setiap hari dengan kekerapan tujuh perjalanan sehari," katanya.

Jelasnya, selain memudahkan urusan penduduk, perkhidmatan bot itu juga mampu menjana pulangan ekonomi kepada pihak koperasi menerusi perkhidmatan sewa kepada pelancong.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.081069 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list