CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Sabah] Sederet rumah pekerja musnah dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 22-3-2022 02:57 PM | Show all posts |Read mode


TAWAU: Sederet rumah kongsi yang menempatkan pekerja kilang musnah dalam insiden kebakaran di Batu 5 Jalan Apas, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.34 malam.

“Susulan itu, seramai 13 anggota dan pegawai bersama empat jentera ternasuk EMRS digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam.

“Sebaik tiba, sederet rumah kongsi lima pintu sudah musnah terbakar dan operasi memadam segera dilakukan supaya api tidak merebak ke kawasan lain,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Katanya, pasukan bomba menggunakan dua pancutan air daripada sumber pili bomba berhampiran sebelum berjaya mengawal kebakaran.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat dan operasi ditamatkan pada jam 12.40 tengah malam.

“Setakat ini, pasukan bomba tidak menerima laporan mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden itu,” katanya.

Julius berkata, pasukan bomba akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa.

oleh
Hamzah Sanudin

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.326429 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list