CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Sabah] Rebut peluang ekonomi pembangunan di Nusantara Indonesia

[Copy link]
Post time 22-3-2022 02:41 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Sabah perlu merebut peluang ekonomi daripada pembangunan ekoran perpindahan Ibu Kota Negara (IKN) Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata, kerajaan megeri perlu berunding dengan Putrajaya bagi memastikan kerajaan persekutuan melihat secara spesifik pembangunan koridor di kawasan sempadan Sabah-Kalimantan, khususnya di Tawau.

Katanya, ia penting kerana di situ nanti akan banyak aktiviti ekonomi selain isu keselamatan yang perlu ditangani dan semuanya terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

"Kita tidak boleh tertinggal dalam pembangunan wilayah ini. Sabah tidak boleh sekadar menjadi penonton pembangunan negara jiran.

"Kita perlu bangkit, merebut peluang untuk membangun bersama. Mahu atau tidak, kita mesti bergerak seiring, barulah dapat mencipta kemakmuran bersama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, ketika merasmikan Pembukaan Penggal Ke-3 Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16, di sini semalam.

Ghulam yang juga Pengarah Yayasan Sabah merujuk perenggan ke-47 Ucapan Dasar Kerajaan yang menyebut tentang usaha kerajaan negeri menyediakan Rangka Tindakan Koridor Pembangunan Sabah 2.0 (2021-2030) untuk memajukan negeri Sabah melalui pembangunan mengikut koridor atau wilayah yang selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Beliau menyarankan agar pelaksanaan rangka pembangunan mengikut koridor itu diperhebatkan tahun ini, terutama di kawasan sempadan negeri, khususnya Tawau yang berdekatan dengan IKN Indonesia yang baharu, iaitu Nusantara, di Kalimantan Timur.

"Sebagai kawasan paling hampir dengan sempadan Indonesia, pembangunan di wilayah Tawau hendaknya diberi fokus dan tumpuan, terutama sekitar jajaran Serudong-Simanggaris, dari segi kemudahan infrastruktur kerana koridor ini akan menjadi pintu masuk paling sibuk," katanya.

Ghulam juga berkata, sudah tiba masanya untuk kerajaan melihat semula platform kerjasama serantau menerusi BIMP-EAGA bagi meneroka prospek ekonomi yang boleh dimajukan berikutan perpindahan IKN ke Kalimantan Timur.

Sementara itu, beliau mengalu-alukan komitmen kerajaan negeri untuk terus memberi tumpuan kepada pengeluaran geran-geran tanah kepada rakyat negeri Sabah khasnya golongan anak negeri di luar bandar.

"Kita melihat hal ini sebagai paling mustahak dan perlu penyelesaian tuntas. Ia bukan sekadar isu politik, tapi sebenarnya menjangkau soal kehidupan orang kita  yang berpijak di bumi nyata," katanya.

Oleh itu, beliau berharap proses pengeluaran geran-geran tanah ini diperkasa dan diperhebatkan lagi tahun ini.

Katanya, ia bagi memastikan supaya isu pengeluaran geran tanah itu diselesai secara tuntas dan tidak lagi berpanjangan sehingga dipolitikkan

Ghulam turut membangkitkan isu tanah reserve perkampungan untuk Kampung Kawang dan Kampung Peranggi Berinsis yang sudah lama dinantikan oleh penduduk tempatan.

"Permohonan penduduk terlibat difahamkan sudah berada dalam pertimbangan jabatan berkaitan, justeru diharapkan agar mendapat khabar gembira dalam masa terdekat ini," katanya.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.205212 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list