CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Sabah] Centre Point Sabah anjur pelbagai aktiviti sempena hari Easter

[Copy link]
Post time 22-3-2022 02:35 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Sempena dengan sambutan hari Easter yang bakal menjelang pelbagai aktiviti menarik dianjurkan Centre Point Sabah untuk menarik pengunjung khususnya dalam kalangan ibu bapa serta kanak-kanak.

Dengan tema 'redah cabaran untuk menemui keberanian diri dalam penggembaraan mencari Telur Emas', kepelbagaian aktiviti berkenaan akan diadakan dalam suasana pengamalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pusat beli belah berkenaan, acara tersebut akan berlangsung dari 15 April sehingga 17 April 2022.

"Kanak-kanak berumur dari tiga sehingga 12 tahun dijangka akan seronok menikmati acara yang bertemakan 'lautan' dalam cabaran permainan untuk mengumpul telur atau ganjaran.

"Terdapat 10 stesen permainan untuk kanak-kanak dalam menyelesaikan cabaran ini," katanya.

Tahun lalu, Centre Point Sabah berjaya menarik hampir 1,000 peserta dengan mematuhi SOP ditetapkan ketika acara Eggsmania berlangsung, ini menunjukkan acara berkenaan merupakan acara terbesar dan yang paling dinanti-nantikan di Kota Kinabalu.




Oleh itu, kanak-kanak yang berminat untuk menyertai acara ini digalakkan untuk membuat pendaftaran awal secara dalam talian. 100 kanak-kanak terawal yang mendaftar akan berpeluang mendapatkan beg eksklusif Eggsmania yang dipenuhi dengan hidangan ringan istimewa.

Di samping itu, terdapat enam aktiviti sampingan untuk disertai oleh kanak-kanak dan ibu bapa iaitu sesi memutar belon, penampilan arnab Easter berpakaian kostum lanun, permainan papan gergasi, aktiviti daftar masuk facebook, percetakan gambar percuma dan sesi pelekat tattoo sementara.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara Easter Eggsmania, sila hubungi pihak pengurusan di talian 017-8331663 atau 010-9501629 (Bahagian Acara) atau dapatkan lebih banyak maklumat acara di halaman Facebook rasmi Centre Point Sabah shopping mall.

oleh
Yap Siong Han

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.145689 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list