CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Sabah] Kabinet Sabah setuju jawatan Ketua Menteri dihadkan dua penggal

[Copy link]
Post time 22-3-2022 02:32 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Jemaah Kabinet Sabah secara dasarnya meluluskan cadangan pindaan Perlembagaan Negeri bagi membolehkan had pelantikan Ketua Menteri kepada dua penggal sahaja.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, sekiranya kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersetuju menyokong cadangan berkenaan, perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat atau Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang untuk meminda Perlembagaan Negeri.

Katanya, ia juga satu cadangan yang baik memandangkan di peringkat Persekutuan juga sudah ada cadangan untuk menghadkan tempoh pelantikan Perdana Menteri.

"Kalau kita lihat pula di negara-negara barat yang maju seperti di Amerika Syarikat dan juga negara-negara barat yang lain, mereka juga menghadkan tempoh pelantikan Presiden dan Perdana Menteri masing-masing.

"Justeru, saya tekankan sekali lagi, sekiranya semua bersetuju dengan cadangan ini, kita akan bawa ke Persidangan DUN yang akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) mengenai cadangan untuk meminda Perlembagaan Negeri bagi membolehkan had pelantikan Ketua Menteri kepada dua penggal sahaja pada Persidangan DUN Sabah di sini hari ini.

Abidin berkata, sokongan daripada semua ADUN diperlukan untuk merealisasikan cadangan berkenaan.

Bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak (UMNO-Usukan) sama ada cadangan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negeri, beliau menjelaskan,  apa juga perkara berkaitan perundangan dan pindaan Perlembagaan Negeri akan dibincangkan bersama pegawai perundangan Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah.

oleh
Siti Aisyah Narudin
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.054378 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list