CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 0

[Sabah] Isteri TYT rasmi Taman Orkid Tawau

[Copy link]
Post time 22-3-2022 02:31 PM | Show all posts |Read mode


TAWAU: Taman Orkid seluas 1.6 ekar yang dibina di Bandar Sri Indah (BSI), Batu 10 Jalan Apas, di sini telah dirasmikan oleh Toh Puan Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni, pagi tadi.

Taman itu adalah inisiatif pihak Hap Seng Properties Development Sdn Bhd dan telah diwujudkan sejak tahun 2019 lagi.

Pengurus Besar Hap Seng Properties Development Sdn Bhd, Joanne Wendy berkata pihaknya menzahirkan ucapan terima kasih kerana Toh Puan Hajah Norlidah sudi merasmikan taman orkid ini.

Katanya, taman orkid yang di sini mempunyai tujuh genere dan terdapat sebanyak 30 spesis orkid tempatan dan hybrid.

“Kewujudan taman ini jelas menunjukkan bahawa Hap Seng bukan sahaja terkenal dengan pembangunan perumahan tetapi turut mengambil berat soal persekitaran hijau.

“Taman ini dibina berhampiran perumahan Bandar Sri Indah (BSI) kerana mahu mewujudkan sebuah kawasan yang diurus dengan baik, bersih, indah, unik dan memenuhi sebagai bandar terancang,” katanya.

Joanne berkata, kepentingan taman ini adalah sebagai komponen kesejahteraan sosial rakyat serta boleh dijadikan ruang terapi dalam usaha meredakan tekanan mental dan fizikal.

“Saya mengharapkan agar lebih banyak lagi pembangunan landskap pada masa akan datang untuk dinikmati oleh generasi seterusnya,” katanya.

oleh
Hamzah Sanudin
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.189635 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list