CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 0

[Sabah] ROS lulus pendaftaran Persatuan Srikandi Pertiwi Sabah

[Copy link]
Post time 22-3-2022 02:29 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Persatuan Srikandi Pertiwi Negeri Sabah didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah pertubuhan yang sah mengikut Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.

Pengerusinya Puan Helen Morris berkata persatuan ini berjaya didaftarkan pada 4 Mac lalu dan sudah menerima sijil pendaftaran pada 18 Mac daripada Penolong Pengarah Pendaftran Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Negeri Sabah Dewi Maing.

Katanya misi dan visi persatuan ini ialah mencari, menjejaki dan membantu isteri veteran tentera, ibu tungal, anak yatim serta Orang Kelainan Upaya (OKU) Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpensen Malaysia (PVATTBM) Sabah.

“Dengan terdaftarnya persatuan ini, kita berharap dapat menggerakkan aktiviti dan program dengan segera kerana banyak yang perlu kita lakukan untuk membantu keluarga PVATTBM di Sabah”, katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata persatuan ini sangat bertuah kerana Isteri Ketua Menteri Sabah Datin Seri Panglima Juliah Salag bersetuju menerima pelantikan sebagai penaung 1 persatuan semasa Ahli Jawatankuasa mengadakan kunjungan hormat kepada beliau Ahad lalu.

“Kami mengucapkan terima kasih dengan sokongan sokongan dan kesudian menerima pelantikan daripada pihak persatuan walaupun ianya baharu didaftarkan,” katanya.

Penaung 2 persatuan itu ialah Yang Di-Pertua PVATTBM Cawangan Sabah, Datuk Zaman Bayang, Timbalan Pengerusi Persatuan Rini Lidius @ Haslinda Abdullah @Lucy, Setiausaha  Siti Darwina Awang, Penolong Setiausaha Rohanizah Karim dan Bendahari Sivinis @ Rosalind Sumin.

Tiga AJK terdiri daripada Salmiah Abdul Wahab, Ramia@Samiah Emui dan Sokilim Lunsin.

oleh
Vivi Olviana Najurus
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.062174 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list