CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Sabah] KKIP jana pelaburan RM1.68 bilion

[Copy link]
Post time 22-3-2022 02:27 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) berjaya menjana nilai pelaburan berjumlah RM1.68 bilion membabitkan operasi sebanyak 242 kilang.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, setakat Februari tahun ini, kesemua kilang berkenaan berjaya mewujudkan sebanyak 7,963 peluang pekerjaan.

Katanya, kilang-kilang berkenaan terlibat dalam pelbagai rangkaian industri iaitu 17 entiti dalam sektor berasaskan kayu, 39 kilang berasaskan makanan, 65 dalam sektor pergudangan, dan pelbagai aktiviti seperti berasaskan besi, getah, plastik, logistik, elektronik dan elektrikal, serta automotif.

Menurutnya, ia seiring dengan peranan KKIP dalam menyediakan kawasan komponen perindustrian, khidmat sokongan, institusi latihan, penyelidikan, komersial, dan perumahan.

"Sebanyak tujuh entiti terlibat dalam operasi penyediaan utiliti, 21 entiti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), institusi latihan dan sekolah-sekolah.

"Komponen ini menyediakan sebanyak 1,516 peluang pekerjaan dengan nilai pelaburan berjumlah RM 1.42 billion. Sektor komersial turut menyediakan peluang pekerjaan kepada 523 orang dengan nilai pelaburan sebanyak RM48 juta," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Peto Galim (PKR-Inanam) mengenai senarai syarikat atau kilang serta jumlah pelaburan dan peluang pekerjaan dijana menerusi operasi kilang di KKIP pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Joachim berkata, tahun ini, kementeriannya bakal menerima satu lagi pelaburan berteknologi tinggi dari negara China yang akan membuka kilang pembuatan kaca solar panel di KKIP.

Katanya, majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA)mengenai penyewaan tanah turut diadakan pada 17 Mac lepas.

Menurutnya, pembinaan kilang akan bermula pada pertengahan tahun ini membabitkan tanah berkeluasan 130 ekar dengan nilai pelaburan sebanyak RM2 billion dan akan menyediakan sebanyak 1,700 peluang pekerjaan.

"Walaupun kementerian saya tidak terlibat secara langsung dalam mengadakan program pembasmian kemiskinan, kita sentiasa berusaha untuk membantu menangani masalah kemiskinan di Sabah dengan menarik lebih banyak pelabur dari luar.

"Komitmen berterusan dengan pemain industri juga sentiasa diperkasa bagi memastikan sektor pembuatan kekal sebagai destinasi pelaburan yang terpilih dan seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan.

"Pada 2021, Sabah menerima suntikan pelaburan asing dan domestik sebanyak RM4.47 bilion dan menghasilkan 7,400 peluang pekerjaan," jelasnya.

Sehubungan itu beliau berkata, menerusi pelaburan berkenaan ia akan memberi manfaat kepada ekonomi Sabah dari sudut tukaran wang asing dan juga kutipan cukai.

"Dengan adanya pelaburan dari luar ke Sabah, sudah semestinya kontraktor tempatan akan diberi peluang untuk menjadi pembekal bahan mentah dan tenaga buruh.

"Langkah ini jelas dapat membantu menangani isu kemiskinan di Sabah kerana lebih banyak peluang pekerjaan disediakan untuk rakyat tempatan," katanya.

oleh
Siti Aisyah Narudin
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.104022 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list