CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 0

[Kedah] Kedah mahu lonjak industri tenaga hijau

[Copy link]
Post time 22-3-2022 02:22 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR - Kerajaan negeri berharap status Kedah sebagai hub pengeluar panel solar terbesar dunia dapat melonjakkan industri tenaga hijau dengan kemasukan pelabur dalam sektor ekonomi hijau.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kemudahan itu perlu seiring dengan kemajuan teknologi dunia agar dapat membantu Kedah membangunkan industri hijau yang berdepan pelbagai cabaran.

Menurutnya, penggunaan tanah yang luas antara kesukaran dihadapi pemain industri untuk membina ladang solar berikutan tanah yang terhad di negeri ini.

“Ada permohonan tanah bertembung dengan perancangan negeri, ada syarikat tarik diri sebab model perniagaan solar sudah berubah dan berdepan kos tinggi, selain harga bidaan yang terlalu rendah dan tidak menguntungkan pelabur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Johari Abdul (PKR-Gurun) berkaitan penggunaan solar berskala besar di negeri ini di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Selasa.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, sebelum ini industri solar agak rancak di Kedah, yang mana permohonan seluas 121 hektar di Sungai Petani diluluskan untuk pembinaan ladang solar namun akhirnya syarikat terlibat mengundurkan diri.

“Terdapat juga permohonan 404 hektar di Bukit Kayu Hitam, namun disebabkan bidaan terlalu rendah dan persaingan, projek tertangguh sehingga kini. Masalah lain termasuk cukai tanah yang perlu dibayar tinggi selain kos pelaburan tinggi menyebabkan projek tidak dapat diteruskan pelabur,” katanya.

Menurutnya, model perniagaan solar yang kini dilakukan secara tender menyebabkan tawaran harga menurun.


“Dulu mereka buat melalui perjanjian terus dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama 21 tahun dengan harga yang menarik. Pelaburan ketika itu tinggi, namun selepas model perniagaan berubah dengan melakukan tender, syarikat tawarkan harga yang sangat rendah.

“Pelabur berdepan kos tinggi untuk cari modal bangunkan ladang solar walaupun kos penggunaan tanah kita sudah ringankan beban dengan meletakkan syarat agar status tanah tak perlu diubah kepada industri, hanya bayar cukai langgar syarat, namun ia masih bebankan pelabur,” jelasnya.

Muhammad Sanusi berkata, pulangan pelaburan yang tidak seberapa menyukarkan pelabur untuk meneruskan perancangan mereka.

“Kedah suatu ketika memang miliki cahaya matahari yang terbaik untuk industri solar, diharap industri ini dapat terus berkembang dengan adanya syarikat pengeluar panel solar terbesar di sini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad Sanusi berkata, bagi mengukuhkan pelaburan dan ekonomi hijau dalam industri pelancongan, projek rintis menjadikan Pulau Langkawi sebagai pulau rendah karbon sedang diusahakan.

“Kemampanan alam sekitar yang menetapkan Pulau Langkawi sebagai pulau rendah karbon menjelang 2035. Antara yang dilakukan, Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Pelancongan (MPLBP) memastikan pembebasan gas rumah hijau yang rendah selain aktiviti mesra alam.

“Kerajaan negeri turut galakkan penggunaan kenderaan mesra alam di Langkawi khususnya hybrid dan elektrik dengan memasang port pengecasan kenderaan elektrik di beberapa lokasi,” katanya.

Menurutnya lagi, bagi mendidik masyarakat ke arah penggunaan kenderaan elektrik, MPLBP turut menggunakan kenderaan itu ketika melakukan rondaan, antaranya di Jabatan Penguatkuasaan, Unit Tempat Letak Kereta dan Jabatan Pelesenan.

“MPLBP juga menggunakan lampu jalan sistem pintar di Jalan Persiaran Putra ke jeti Kuah. Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) dan Kedah Economic Council (KEC) pula sediakan dasar pelaburan mesra alam ke Langkawi dalam prosedur permohonan Kelulusan Dasar bagi permohonan membangunkan tanah kerajaan oleh swasta,” ujarnya.

Beliau berkata, pelaburan dan cadangan pembangunan yang bakal diluluskan di Langkawi harus menerapkan elemen mesra alam dan konsep hijau, selain menepati syarat teknikal selari dengan hasrat menjadikan Langkawi sebagai pulau rendah karbon.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... dustri-tenaga-hijau
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.061155 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list