CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

[Kedah] Penduduk kecewa jalan berlopak tidak dibaiki

[Copy link]
Post time 22-3-2022 02:19 PM | Show all posts |Read mode

ROSMAN Hayazi (kanan) menunjukkan keadaan jalan yang rosak teruk di Taman Kenangan, Sungai Karangan, Kulim. - UTUSAN/AZAHAR HASHIM

   

KULIM: Lebih 100 penduduk di Taman Kenangan, Sungai Karangan di sini dibelenggu masalah jalan rosak dan berlopak sejak dua tahun lalu.

Dakwa penduduk, walaupun masalah tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan dan pemimpin setempat, namun jalan tersebut masih tidak dibaik pulih.

Penduduk, Rosman Hayazi Zin, 51, berkata, dia kesal dengan kelewatan pihak berkuasa mengambil tindakan membaik pulih jalan sepanjang 150 meter yang menjadi laluan utama penduduk.

Menurutnya, terdapat lebih 10 lopak yang bersaiz besar dan kecil sedalam kira-kira 10 sentimeter dan keadaan bahu jalan juga pecah.

Malah katanya, longkang di sepanjang jalan tersebut berada dalam keadaan tersumbat.

“Saya bersama penduduk telah beberapa kali membuat aduan secara lisan dan bertulis kepada pihak berkuasa tempatan dan pemimpin masyarakat setempat berhubung masalah jalan yang rosak itu sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun, tiada tindakan yang diambil oleh pihak terlibat, malah keadaan semakin teruk sehingga membahayakan penduduk,” katanya semasa ditemui di sini hari ini.

Penduduk, M. Selvarajoo, 43, pula berkata, penduduk yang melalui jalan tersebut terutama pemandu kereta akan menghadapi masalah kerana keadaan jalan yang tidak rata.

“Keadaan jalan yang rosak teruk di taman perumahan ini didapati seakan-akan berada di dalam kawasan pendalaman atau ladang. Saya berharap pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan segera membaiki jalan tersebut bagi memberi keselesaan kepada penduduk,” jelasnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.057382 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list