CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 0

[Kedah] Jualan Keluarga Malaysia catat lebih RM1.6 juta di Kedah

[Copy link]
Post time 22-3-2022 12:46 PM | Show all posts |Read mode

Wan Romani

ALOR SETAR - Program Jualan Keluarga Malaysia di Kedah mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan rakyat dengan mencatat hasil jualan lebih RM1.6 juta sejak Disember hingga 13 Mac lalu.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Wan Romani Wan Salim berkata, seramai 49,511 pengunjung telah menerima manfaat dalam program Jualan Keluarga Malaysia yang diadakan di 78 lokasi dalam tempoh sama.

Menurutnya, sebanyak 15 Parlimen di seluruh Kedah terlibat dalam Jualan Keluarga Malaysia yang dilaksanakan secara mingguan sejak Disember sehingga Ahad minggu lepas.

"Berdasarkan statistik yang direkodkan seramai 49,511 pengunjung telah hadir dalam program Jualan Keluarga Malaysia dengan jualan terkumpul lebih RM1.6 juta.

"Insya-ALLAH program ini akan diteruskan dalam masa terdekat di beberapa Parlimen seperti Kubang Pasu dan Padang Terap yang akan diadakan pada 25 hingga 26 Mac depan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Mohd Azam Abd Samat (Sungai Limau-Pas) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau menerangkan program Jualan Keluarga Malaysia berlangsung dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari di lokasi terpilih di Kedah.

Wan Romani bagaimanapun berkata,tempoh perniagaan di beberapa lokasi termasuklah di sebuah pasar raya di Kubang Pasu dilanjutkan hingga jam 9 malam berikutan sambutan diterima.


Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah juga akan mengkaji kesesuaian lokasi program demi membolehkan golongan sasar mendapatkan barangan diperlukan.

"Sekiranya, lokasi yang tidak sesuai kita akan ubah seperti mana daerah Pendang, yang mana pada peringkat awal sambutan kurang berjaya namun mendapat sambutan menggalakkan apabila diubah ke lokasi lain. Malah barangan jualan habis pada jam 12 tengah hari," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Zamri Yusuf (Suka Menanti-PKR) tentang program Jualan Keluarga Malaysia sepatutnya diadakan di semua lokasi di Kedah.

Wan Romani memberitahu, Program Jualan Keluarga Malaysia menawarkan barangan keperluan seperti sayur-sayuran dan telur ayam pada harga lebih rendah kepada pengguna kerana mendapat bekalan terus dari ladang.

Beliau memaklumkan kerajaan negeri akan terus mempromosikan program Jualan Keluarga Malaysia bagi membolehkan penduduk mendapatkan barangan pada harga berpatutan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -RM16-juta-di-Kedah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.060698 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list