CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Sabah] 880 pesakit COVID-19 sembuh, 576 masih terima rawatan

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:46 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Sejumlah 880 pesakit COVID-19 telah sembuh pada 20 Mac 2022 menjadikan menjadikan jumlah kumulatif 337,768 orang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, bagaimanapun masih terdapat 576 pesakit sedang menerima rawatan.

"461 orang menerima rawatan di hospital, 114 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam serta satu orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara.

"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 42 orang," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, jumlah berkenaan merangkumi 39 pesakit di Unit Rawatan Rapi serta tiga di open ward. 21 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, pada hari yang sama juga, tiada sebarang kematian disebabkan COVID-19 direkodkan.

Sementara itu katanya, kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos 1 setakat 19 Mac 2022 adalah seramai 2,551,971 orang.

"Ini meliputi 2,131,273 orang penduduk dewasa bersamaan dengan 78.45 peratus jumlah penduduk dewasa.

"Manakala bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,405,254 orang," katanya.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 2,088,964 orang adalah penduduk dewasa. Seramai 332,251 orang penduduk remaja telah menerima 1 dos vaksin, manakala penduduk remaja yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 316,290 orang setakat ini.

Menurutnya, seramai 88,447 orang kanak-kanak di Sabah telah menerima 1  dos vaksin.
oleh
Yap Siong Han
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.231095 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list