CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 434|Reply: 0

[Sabah] Polis masih jalankan siasatan kes gaduh guna senjata tajam

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:44 PM | Show all posts |Read mode


TAWAU: Polis sedang menyiasat kes pergaduhan sekumpulan lelaki menggunakan senjata tajam dan kayu yang berlaku di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk mengesan suspek kejadian.

“Polis sedang giat mengesan kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam pergaduhan tersebut untuk siasatan lanjut.

“Satu sidang media akan dibuat dalam masa terdekat,”katanya ketika dihubungi pagi tadi.

Terdahulu, tular beberapa klip video di media sosial yang memaparkan sekumpulan lelaki memegangn senjata tajam termasuk parang dan kayu.

Turut tular beberapa keping gambar menunjukkan indivdu cedera dengan berlumuran darah dipercayai terbabit dengan pergaduhan berkenaan.

Difahamkan, insiden itu berlaku di kawasan penempatan atas air di Batu 4 Jalan Apas, iaitu berhampiran lokasi kejadian kebakaran yang memusnahkan lebih 500 buah rumah setinggan, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan motif atau punca sebenar pergaduhan terbabit berlaku, namun rata-rata netizen mendakwa disebabkan jambatan di kawasan berkenaan yang sedang dibaik pulih.

Ia juga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta pihak polis mengesan kumpulan lelaki terbabit untuk diambil tindakan.
oleh
Hamzah Sanudin
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.076823 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list