CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 0

[Sabah] Masidi setuju cadangan Christina tempatkan mangsa kebakaran di PPR

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:42 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun setuju dengan cadangan Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew berkaitan cadangan untuk menempatkan mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya, Jalan Apas ke Program Perumahan Rakyat (PPR).

Christina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api berkata, perkara berkenaan sudah diajukan kepada Masidi ketika di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Beliau menyeru agar kerajaan khususnya Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) untuk mendapatkan persetujuan dari peringkat Pusat bagi mendapatkan PPR kepada mangsa kebakaran terbabit.

Christina juga akan menyediakan data yang diperlukan untuk membezakan penduduk tempatan atau haram (setinggan). Berdasarkan data yang diperolehi melalui Pusat Khidmat Rakyat Tawau dan Jabatan Kebajikan, kebanyakkan mangsa kebakaran adalah penduduk tempatan.

"Saya gembira pihak Menteri memberikan maklum balas positif permintaan ini, permohonan ke peringkat persekutuan sekiranya berjaya akan memberikan manfaat kepada lebih 1,300 mangsa kebakaran yang kehilangan rumah.

"Saya akan menulis surat rasmi kepada beliau (Masidi) berkaitan dengan cadangan ini, kejadian kali ini adalah kebakaran paling teruk di Tawau.

"Hampir setiap tahun, kebakaran seumpamanya berlaku di Tawau melibatkan kawasan setinggan sekali gus menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan segera perlu dilakukan tanpa menunggu sehingga bencana sama berulang.

"Adalah membimbangkan rakyat sudah hidup dalam keadaan seumpamanya selama berdekad lamanya.

"Sudah tiba masanya untuk kerajaan mengambil tindakan atasi masalah setinggan di daerah yang sering kali berhadapan dengan risiko kebakaran," katanya.
oleh
Yap Siong Han
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.059649 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list