CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Sabah] Masidi sedia jelaskan klausa kerahsiaan CCA secara persendirian

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:32 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Menteri Kewangan II Datuk Seri Panglima Masidi Manjun sedia untuk berjumpa secara persendirian dengan wakil-wakil rakyat tertentu di negeri ini, bagi menjelaskan secara terperinci mengenai klausa kerahsiaan dalam Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA).

Katanya, klausa kerahsiaan dalam perjanjian yang dimeterai di antara kerajaan negeri dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) itu tidak boleh sewenangnya didedahkan kepada awam.

Menurutnya, tindakan tidak mendedahkan klausa kerahsiaan dalam perjanjian itu kepada awam kerana ia melibatkan kekangan atau syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

"Seperti yang kita maklum, terdapat anak-anak syarikat PETRONAS yang juga syarikat tersenarai awam (public listed).

"Justeru, ada pengumuman-pengumuman oleh syarikat ini bukannnya dibuat secara sewenangnya dan perlu kita faham ia bukan untuk dihebahkan," katanya.

Masidi berkata, pihaknya juga bersedia untuk berjumpa secara persendirian dengan wakil-wakil rakyat tertentu supaya menjelaskan secara terperinci mengenai klausa kerahsiaan dalam perjanjian berkenaan.

Bagaimanapun jelasnya, dengan syarat maklumat berkenaan tidak dibocorkan kepada awam kerana kerajaan negeri masih terikat dengan klausa kerahsiaan yang ditandatangani dengan PETRONAS.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (ADUN Dilantik) yang meminta penjelasan sama ada klausa kerahsiaan dalam CCA itu ada tempoh yang ditetapkan atau selamanya tidak boleh didedahkan kepada awam sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Masidi berkata,  klausa kerahsiaan adalah perkara biasa dalam sesuatu perundingan perniagaan iaitu tertakluk kepada syarat-syarat yang tidak boleh didedahkan sehingga ia dilaksanakan.

"Tidak ada klausa kerahsiaan yang selamanya tidak didedahkan. Tujuan klausa kerahsiaan ini untuk memastikan kelebihan daya saing yang ada pada Sabah yang diberikan kepada kita kekal tidak diketahui umum sehingga ia berlaku.

"Apabila tiba masanya, satu-persatu klausa berkenaan akan diumumkan untuk didedahkan kepada awam.

"Namun, sebelum perkara itu berlaku, saya percaya penting bagi  kedua-dua pihak untuk merahsiakannya agar kita dapat kekalkan daya saing perniagaan yang kita ada," jelasnya.

Beliau turut meyakinkan sidang dewan bahawa dalam mesyuarat CCA, selaku ketua perunding, beliau dibantu oleh golongan profesional dan semua dijalankan secara profesional.

Dalam pada itu, pihaknya turut bersedia sekiranya mendapat keizinan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Ketua Menteri untuk berkongsi dengan semua wakil rakyat mengenai klausa kerahsiaan perjanjian itu menerusi satu sesi tertutup.

oleh
Siti Aisyah Narudin
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.064962 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list