CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Sabah] Keperluan wujudkan VTL diperhalusi

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:28 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar akan membincangkan keperluan mewujudkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) ke Sabah dengan negara serantau yang masih belum membuka sempadan negara.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai berkata, VTL adalah rangsangan yang diperlukan untuk menyumbang kepada ekonomi negeri.

Sehubungan itu katanya, pihak kementerian dan pemain industri pelancongan di negeri ini sudah bersedia untuk menyambut  kedatangan pelancong antarabangsa.

Selain itu beliau berkata, kementeriannya juga sentiasa mengadakan libat urus membabitkan perkara itu serta mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah untuk melaksanakan VTL di antara Kota Kinabalu dan Singapura.

"Berdasarkan sesi libat urus bersama pemain industri, kita tahu mereka sudah bersedia. Bagaimanapun, kita harus mengemukakan cadangan kepada jawatankuasa negeri yang melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jabatan  dan agensi kerajaan yang berkaitan, supaya mereka boleh menilai risiko pelaksanaan VTL.

"Setakat ini belum ada keputusan bagi memulakan VTL untuk Sabah," katanya bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (ADUN Dilantik) mengenai pelaksanaan VTL di Sabah sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Joniston, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Kementerian Pengangkutan, KKM, dan MKN bertanggungjawab terhadap proses pelaksanaan VTL bersama rakan sejawat di negara lain.

Menurutnya, apabila sempadan negara dibuka semula pada 1 April ini, tidak ada keperluan untuk VTL kecuali negara yang masih menutup pintu sempadan mereka.

"Bagi negara yang belum membuka sempadan, pihak kementerian ini akan mengambil langkah untuk berbincang dengan negara terbabit bagi pelaksanaan VTL.

"Kementerian juga sentiasa mengadakan sesi penglibatan berterusan dengan syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines (MAS), Cebu Pacific Air, Scoot, Jeju Air, dan Air Seoul iaitu antara syarikat penerbangan yang mengambil keputusan memulakan penerbangan terus ke Sabah," jelasnya.

Sementara itu, beliau turut menjawab soalan tambahan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (WARISAN-Senallang) mengenai keperluan meningkatkan laluan penerbangan domestik dalam negeri.

Joniston yakin, sekiranya ada permintaan, sudah tentu syarikat penerbangan akan menambah kekerapan jadual penerbangan ke destinasi domestik terutama di negeri ini.

Katanya, kesalinghubungan di antara bandar-bandar dalam Sabah dan juga dengan negeri-negeri lain adalah penting untuk meningkatkan pelancongan domestik.

Dalam pada itu jelasnya, Sabah kini mempunyai penerbangan langsung yang menghubungkan Pulau Pinang-Kota Kinabalu, Kuala Terengganu-Kota Kinabalu, Johor Bahru-Kota Kinabalu, dan Kota Bharu-Kota Kinabalu.

oleh
Siti Aisyah Narudin
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.960729 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list