CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan perlu terus sediakan kemudahan asas kepada rakyat

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:20 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kerajaan perlu terus menyediakan keperluan asas kepada semua penduduk setempat bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Mohd Arsad Bistari (BN-Tempasuk) berkata, agenda kerajaan dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan infrastruktur dan utiliti haruslah diberikan sokongan sepenuhnya terutamanya dengan keperluan asas penduduk luar bandar yang masih belum menerima bekalan air bersih, elektrik, jalan raya dan kemudahan teknologi komunikasi.

"Akses jalur lebar dan kemudahan internet juga harus melalui proses penaiktaraf dan penambahbaikan.

"Pada masa kini, kemudahan internet sudah dianggap keperluan asas, bukan lagi sekadar satu kehendak. Pada masa sekarang, transaksi pembayaran dan pembelian banyak dilakukan melalui aplikasi-aplikasi internet termasuk merancakkan lagi ekonomi digital," katanya ketika dalam perbahasan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 hari ini.

Beliau berkata, kepentingannya dalam pendidikan juga semakin kritikal apabila pembelajaran secara PDPR mula diperkenalkan sewaktu pandemik COVID-19.

"Bagaimana nasib anak-anak kita yang ingin belajar tetapi tidak mempunyai kemudahan gajet serta akses internet yang baik?

"Jesteru, saya menyambut baik usaha kerajaan dalam perancangan untuk memasang kemudahan Internet Teknologi Satelit (VSAT) di 300 lokasi pada tahun ini," katanya.

Menurutnya, usaha demikian jelas menunjukkan kegigihan kerajaan negeri yang tidak meminggirkan penduduk di kawasan pedalaman dalam menikmati kemudahan kemudahan komunikasi dan internet.

oleh
Yap Siong Han
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.055995 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list