CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

[Sabah] Utamakan sektor pelancongan selepas sempadan dibuka

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:17 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Sektor pelancongan di seluruh negeri perlu menjadi fokus utama kerajaan dalam tempoh permulaan pembukaan pintu-pintu sempadan bermula bulan hadapan.

Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (PN-Nabawan) berkata, segala bentuk penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) juga perlu dipertimbang dengan sewajarnya.

"Begitu juga dengan aktiviti mempromosikan pusat-pusat pelancongan, seliaan urus tadbir, penambahbaikkan seperti infrastruktur ke pusat-pusat tumpuan pelancong oleh pihak berwajib juga perlu diambil perhatian.

"Isu mengenai pusat pelancongan yang ada di kawasan saya iaitu Batu Punggul yang terletak di mukim Sepulut Nabawan, apakah kerajaan negeri akan memastikan tumpuan lokasi pelancongan yang kaya dengan keaslian budaya dan nilai sejarahnya yang begitu unik, akan mendapat tempat serta tumpuan masyarakat sejagat untuk dikunjungi?.

"Hal ini kerana, keluhan masyarakat di kawasan saya adalah keadaan infrastrukutur menuju ke lokasi tersebut belum dinaik, selain status Batu Punggul ini kurang jelas untuk dipromosikan sebagai antara pusat pelancongan yang menarik di negeri ini.

"Ini juga menyebabkan peluang aktiviti ekonomi masyarakat di kawasan saya tidak terbuka luas sedangkan kami mempunyai peluang sama seperti masyarakat di kawasan lain yang berhampiran dengan pusat-pusat tumpuan lokasi  pelancong," katanya ketika dalam perbahasan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 hari ini.

Selain itu katanya, DUN Nabawan kini masih menggunakan jalan-jalan kampung dan jalan-jalan pertanian yang daif.

Katanya, penduduk di kawasan itu mempunyai hasil pertanian yang bepontensi untuk dipasarkan seperti komoditi sawit dan getah, sayur-sayuran, hasil ternakan dan sebagainya.

Selain itu katanya, kedaifan jalan-jalan kampung ini menyebabkan aktiviti sosial seperti sesi persekolah anak-anak juga turut terganggu apabila tiba musim tengkujuh.

"Jelaslah disini bahawa infrastruktur adalah pemangkin kepada kestabilan aktiviti ekonomi dan kesejahteraan rakyat, oleh itu saya berharap perkara ini diberi pertimbangan sewajarnya demi kesejahteraan bersama," katanya.

oleh
Yap Siong Han
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.752979 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list