CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Sabah] Mayat lelaki hilang ditemukan di laut

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:11 PM | Show all posts |Read mode


KUDAT: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke laut pada Sabtu lepas ditemukan di perairan berhampiran Kampung Tampakan di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira jam 8 pagi hari ini.

Katanya, rakan-rakan mangsa yang melaporkan kehilangan mangsa turut mengesahkan mayat terbabit adalah rakan mereka yang hilang di laut.

"Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.50 pagi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 19 Mac lepas, rakan mangsa menyedari kehilangan mangsa kira-kira jam 1 petang ketika berada di sebuah kapal.

Mangsa dipercayai hilang selepas terjatuh ke laut sebelum disedari oleh rakan-rakannya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

oleh
Siti Aisyah Narudin

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.052674 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list