CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Sabah] Jadikan GRS entiti tuntut hak Sabah

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:10 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) boleh dijadikan entiti atau saluran khusus untuk menuntut hak Sabah yang belum tertunai seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Naib Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tuaran, Datuk Johari Saiman, berkata GRS perlu menerajui rundingan berkaitan tuntutan MA63 yang selama ini diperjuangkan setiap parti.

“GRS yang baharu didaftarkan sebagai entiti politik rasmi perlu dimanfaatkan dalam usaha itu kerana suara rakyat Sabah lebih kuat jika disalurkan melalui entiti politik besar yang merangkumi pelbagai parti.

“Kalau mahu mendesak janji-janji yang termaktub dalam MA63 tercapai sepenuhnya, gunakan saluran GRS untuk membuat tuntutan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Johari berkata, Sabah mampu mencapai lebih banyak hasil melalui GRS seperti kejayaan mewujudkan SMJ Petroleum Sdn Bhd, sebuah syarikat minyak dan gas milik penuh Sabah.

Katanya, menerusi usaha diterajui Hajiji juga, kerajaan Pusat menurunkan kuasa pelesenan perikanan laut dalam kepada kerajaan negeri Sabah.

“Usaha berterusan dilaksanakan kerajaan GRS sebelum ini juga berjaya menarik beberapa pelaburan dalam sektor pembuatan dan pelancongan dengan nilai lebih RM11 billion,”katanya.

Beliau berkata, kejayaan merealisasikan pembentukan GRS sebagai gabungan politik rasmi di Sabah adalah hasil usaha diterajui Ketua Menteri bagi melaksanakan perubahan dan memastikan Sabah terus stabil serta membangun.

“Walaupun Hajiji baru setahun jagung memimpin negeri Sabah tetapi sudah berjaya menghadiahkan sebutir mutiara utk rakyat Sabah, iaitu GRS.

“Jangan bergabung di tempat lain, tetapi bergabunglah dalam GRS kerana ia adalah suara kita sebagai anak Sabah,” katanya.

Jumaat lalu, Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengumumkan keanggotaan GRS yang terdiri daripada empat parti iaitu BERSATU, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta PAS pula sebagai rakan sekutu GRS dalam kerajaan negeri.
oleh
Hamzah Sanudin
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.581982 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list